My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Tuesday, December 31, 2013

Just Another Number.....


Bismillah....
Selamat jalan 2013???? Should i say thaht??? Entahlah. Bagi aku ia cuma satu pertambahan nombor yang terlah berlalu. Berlalu meninggalkan aku dengan pelbagai makna pelbagai urusan pelbagai hijab pelbagai suasana pelbagai peristiwa dan pelbagai lagi pelbagai..

2013 pastinya adalah proses perjalanan yang banyak mengajar aku tentang tanggungjawab.
2013 menjadikan aku lebih matang lebih terbuka menerima kifarah kesan dari perbuatan sendiri.
2013 mengajar aku lebih menerima keadaan yang perit dengan lebih tabah dan redha.
2013 menyaksikan aku lebih banyak mengambil keputusan "wait n see".
2013 membuatkan hati ini lebih kuat lebih gagah menahan cemuhan hinaan cacian
2013 juga menyaksikan bahawa rezeki ku bukan lagi di Subang Jaya sebagai seorang jururawat.
2013 adalah tahun pengorbanan yang aku kira tak mampu aku lakukan dahulu. 

Namun di sebalik setiap duka lara pedih 2013 juga menyaksikan betapa banyaknya kasih sayang rahmat Allah yang tak mampu dihitung.

2013 aku mengatur langkah mendidik putra putri sepenuh masa
2013 menyaksikan aku melunaskan sedikit tanggungjawab terhadap atok n nenek ku.
2013 membuatkan aku lebih mengenali antara benar dan pura-pura.
2013 menjadi bukti bahawa nikmat Allah itu luas bagi hambaNya yang selalu redha dan bersangka baik.
2013 Allah hadirkan jiwa-jiwa pengasih yang menjadi sebahagian dari kasih sayang tanpa sempadan
2013 Allah utuskan jiwa-jiwa pemurah yang meringankan urusan ku.
2013 detik turunnya hijab ego marah penolakan diri ini.
2013 menemukan aku dengan dia dan semoga perancangan kami bertemu dengan perancangan Allah

Dan semoga hijab itu terus turun dan lunyai dengan ilmu Allah yang aku jejaki denainya. InsyaAllah... Tak terhitung khilafnya aku hamba yang sombong pada Pencipta. Memandang kebelakang sesekali adalah perlu agar diri tidak bongkak tidak lupa gelapnya semalam. Ia perlu untuk peringatan masa depan.

2014 datang sebagaimana yang Allah tetapkan. Sama ada mampu mengharunginya sepanjang tahun hingga 2015 atau tidak segalanya rahsia Allah. Azam dipasang tetapi aku dah lama tak ada azam. Niat yang aku tanamkan hanya ingin menjadi hamba yang lebih baik setiap nafas yang ada. Mempelajari memahami mengamalkan dan berkongsi semula perihal agama suci ini agar nanti aku tak papa kedana di akhirat kelak. Semoga sahaja amal ku yang lompong bisa ku tampal semula. Semoga sahaja perancangan aku dan dia bertemu dengan perancangan Allah kerana hubungan ini mencari redhaNya. Semoga sahaja aku mampu menjadi ummi yang mampu memperlihatkan betapa besarnya Islam itu pada putra putri ku.....Aamiiin

Ummi Dayana...




No 2

Take your kiddos feeling seriously...
Never that any of it for granted...
Of course...
Like my baby boy said "he will always forever ummi's baby
Every single line I will read it very carefull and action need to be taken...


Love
Ummi Dayana

No 1


Tell your child you love them at least once a day...
No no no...i will tell them everytime i saw them..
Hug n kiss them everytime i can...
No matter how my day, i will never forget to say that 
Ummi love you sayang....

Pohon Merendang atau Kering Melayu????

Tunas

Bismillah…

Bercerita tentang pohon rendang sebenarnya bagi aku ia bagaikan sebuah keluarga. Bagaimana begitu? Lets ketuk-ketuk otak seketika sebelum anak-anak mula bersekolah dan kita memulakan rutin tanpa anak-anak di rumah separuh hari.

Benih yang berkualiti akan  bercambah menjadi anak pohon yang subur. Benih ditanam di kawasan yang luas dan sangat bertepatan dengan fitrah benih itu. Kalau padi tak kan nak tanam kat padang pasir kan. Kenalah sesuaikan ia mengikut alaminya. Benih yang ditanam tadi mesti mendapat air, cahaya matahari baja yang secukupnya. Dari benih yang kecil tadi ia akan mengeluarkan tunas yang akan menjadi pohon bercabang dan berdaun sekiranya kesemuanya diperolehi dnegna baik dan cukup.  Hari demi hari anak pokok yang kecil itu membesar dan menjadi sebuah pohon yang rendang.  Menyejukkan  pada mata yang memandang.

Pohon itu semakin membesar, ia mula berbunga yang kemudiannya berbuah. Bukan sahaja berbuah malah ia menjadi tempat berteduk bagi unggas-unggas liar dan juga pengembara yang lelah.  Akarnya teguh dan tak mampu digoyah walaupun ditiup angin kencang.  Burung-burung berkicau riang menghargai anugerah alam. Pohon itu juga mampu membebaskan oksigen yang sangat diperlukan manusia dan menyerap gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan. Inilah suatu kitaran yang alami di antara manusia dan alam. Sentiasa memberi demi redhaIilahi. Kita adalah anak benih itu.

Pilihan di tangan kita. Sama ada kita ingin menjadi seperti pohon yang rendang dan berbuah lebat itu atau pohon kering yang hanya menunggu masa untuk mati tanpa tahu erti berbakti dan menghargai. Jadilah manusia yang mampu berdikari, sedia berbakti dan teguh pendirian diri (agama). Tak mudah goyah walaupun cabaran kuat menduga. Carilah fahami amal dan ajari sebanyak mana ilmu dan pengalaman di sepanjang perjalanan waktu sama ada manis mahupun pahit adalah proses pembelajaran. Setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tertentu. Pengalaman itu mampu mendewasakan kita. Hargailah hidup ini kerana setiap daripada kita ada potensi yang tersendiri.Telitilah ia dan kau pasti mengerti misterinya hidup ini. Subhanallah.

Bagi yang dianugerahkan anak-anak, maka didiklah mereka dengan didikan Islam sepenuhnya. Bukan hanya melahirkan mereka dan kemudiannya tertulis di tanda pengenalan  sebangai “Islam”. Tapi Islam atau tidak anak-anak itu bermula dari kita sendiri. Mereka akan menjadi apa yang kita ajari dan semai. Andai Islam yang kita tanamkan maka Islam lah anak itu. Andai Majusi yang kita semai maka Majusi lah anak…

Semoga aku dan keluarga ku adalah Islam yang alami bukan Islam pada IC…


Ummi Dayana



Monday, December 30, 2013

Jodoh Dari Allah.....

Bismillah.....
Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Sungguh ia memang benar. Jodoh merupakan satu ketentuan dari Allah. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman yang wajib kita yakini sepenuh hati tanpa ragu.  Tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna. Bukan mudah tau mencari suami atau isteri. Suami atau isteri inilah nanti  pasangan kita untuk hidup bersama  kalau umur panjang mungkin  sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.  Bukan untuk sehari dua atau pakai buang je….

  Forever till Jannah is the greatest dream…
  
So, nak cari suami atau isteri ni  memang perkara serius. Jangan kerana si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya. Fikir betul-betul. Lihat keterampilannya, renung siapa temannya, uji dia sedikit sebanyak tentang rutin hariannya. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu tangguhkan sehingga pasti dan yakin.  Mencari suami atau isteri perlukan panduan. Mesti ada sandaran ilmu dan petunjuk. Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita dan begitulah sebaliknya. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. 

Jodoh pertemuannikah atau tidak semuanya adalah ketentuan Ilahi.  Ikatan perkahwinan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Maka jodoh kita  tidak dapat kita tentukan sepenuhnya. Yes kita hanya mampu merancang dan selebihnya biarlah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Rata-rata setiap lelaki mengharapkan bakal isterinya itu adalah seorang yang dapat memenuhi kehendak nalurinya. Begitu juga dengan seorang wanita mengharapkan bakal suaminya sebagai raja di dalam sebuah rumah tangga. Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh insan yang bergelar suami mahupun isteri? Apakah yang sewajibnya ada dalam diri suami atau isteri? 

Ini aku petik dari sebuah majalah lama dulu tentang bagaimana mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam. Al-Ustaz Jasim Muhammad Al-Mutawwa' mencadangkan agar kita mengajukan 10 soalan. Ianya boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu ditemani oleh mahram wanita tak kiralah walinya kea tau ibundanya.  Jangan pula dilakukan secara berdua-duaan di  tempat sunyi dan terpencil.  Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul dengan merelakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga? Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Nah ini yang dicadangkan. Terpulanglah pada setiap individu untuk menilai. Sedangkan ikan yang kita nak masak dan makan tu pun kita pilih yang terbaik apatah lagi pasangan hidup kan…. Dah usaha utnuk membuat pilihan maka serahkan pada Allah untuk menunjukkan jalannya…. 


Ummi Dayana...
Mode:Menghitung hari menanti cinta anugerah Allah... ;)


Suratan atau Kebetulan....



Bismillah...

Biar sesakit apa yang dugaan menguji
Jangan lari dari Ilahi
Biarlah untaian airmata mengalir bagai hujan
Usah disapu agar ia damai seketika
Saat kita menghitung betapa sedih dan pilunya hidup kita
Pernahkah terdetik menghitung penderitaan diluar sana
Tatkala airmata tiada untuk disapu
Tandus kering bagai gurun padang pasir
Tetaplah kuat menghadap ujian mu
Tekadkan langkah walau kaki amat berat
Jangan dihitung betapa kau derita
Renungkan mereka yang dasyat jalanannya
Senyumlah tatkala bagai tiada jalan bagimu
Hadapi dugaan dengan redha
Bilamana kaki mu tak mampu melangkah lagi
Sujudlah pada Pencipta
Merangkaklah walau dalam terpaksa
Perlu kau ingat bahawa kau tidak sendiri
Kerana Allah sangat dekat dengan mu
Tetaplah berdiri mencari  jalan Ilahi
Kerna itu bahagia hakiki


Bait kata ku tak seindah purnama tak scantik bahasa puisi. Sekadar menarikan jemari di keyboard melakarkan apa yang ada di minda hati. Suratan atau Kebetulan???? Suratan adakalanya datang saat tak dijangka dan sangkakan tapi sebagai seorang manusia whether you like it or not, you have to accept it as a fate.  Menerima sesuatu yag sakit itu ibarat menelan sebiji ubat yang teramat pahit tapi effectnya kita akan jadi lebih sihat begitu juga takdir.  Nanti ada yang cakap “memang lah senang je kau bercakap, kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak duduk kat tempat aku”. Tapi kita mungkin lupa pada saat kita menerimanya dengan redha dan sabar InsyaAllah manisnya akan tiba jua.  Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar jadi bukan satu kerugian pun jika kita sentiasa meletakkan sabar itu di tempat yang tertinggi. Sebab itulah sahabat yang selalu menegur ni penting walau kadang kala tegurannya sakit nak kau dengar dan terima. Tapi kau perlu tahu itu tanda sahabat yang sayangkan sahabatnya.

"wahai orang yang beriman!mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah bersama dengan orang-orang yang sabar" 1:153

Kalau memang dah tak mampu atau tak tertanggung kolam airmata yang sarat itu, biarkanlah ia mengalir.  Menangis bukanlah bermakna kita lemah tapi ianya satu fitrah untuk apa ianya dicipta kalau bukan untuk dialirkan. Percayalah pada saat ia keluar kita akan rasa sangat lega…. Cubalah aku pernah buat benda ni dulu. Meraung sepuas-puasnya….

Adoii kenapalah aku membebel pasal airmata plak ni. Ok ok sambung… coretan ini sebenarnya untuk memulihkan semangat aku jua. Sebab kadangkala (seringkali sebenarnya) diri ini pun tersenyum di sebalik lakonan yang tak perlukan pengarah, skrip, dan dialong pun. Just smile as big as you can. Smile smile smile…. Hidup terlalu singkat untuk berduka sedangkan banyak benda nak kena repair.. Tak semua impian  kita akan tercapai kadang-kadang sesuatu yang Dia kurniakan bukan dengan sekelip mata kita akan dapat.Satu kebetulan jika ianya mampu kita raih dalam sekelip mata, anggaplah ia satu rezeki yang Dia anugerahkan.

Pernah dengar dan selalu dengar kan “kalau nak hati seseorang manusia itu, kita kenalah perbaiki diri kita dengan mencintai pemilik hati manusia itu”. Kerana apa????  Sebab Allah akan hadirkan seseorang yang Dia cintai untuk kamu bukan yang kamu cintai”. Sabar dan redhalah andai dia bukan yang tersurat  untuk bersamamu ,nanti  akan insan yang terbaik.Kita berhak untuk memilih apa yang kita mahu tapi kadangkala kita sering  tersilap percaturan maka untuk itu  sediakan ruang seluas mungkin untuk redha, tebarkan selebar-lebarnya keikhlasan dengan suratan dan takdir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bila datangnya ujian sebegini,bersedialah untuk menjadi manusia yang redha. Redha tak akan datang sendiri tapi ia perlu dicari bukan dengan hanya berduka dan meratap pada yang telah hilang..

Kita mungkin hanya mampu memberi coretan nasihat, tapi diri yang menanggung harus lebih tabah dan kuat. Tetaplah tersenyum  akan kamu tak punya apa-apa masalah yang harus digalas. Masih banyak isu yang sewajarnya menjadi  keutamaan kita. Penderitaan kita ni kadangkala setitik sahaja..

"Kita minta apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu"

"Love the love you have",cintai sepenuh hati apa yang kamu ada sebelum mencari yang belum pasti  InsyaAllah bahagia menanti di hujung sana.Yang berlalu kita jadikan satu pengajaran dan pengalaman untuk kita menjadi seorang hamba yang lebih baik dari semalam..

"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning".

Cetusan rasa ini bukanlah bermakna diri ini tersangat bagus malah teramat jauh dari bagus pun. Cuma ianya sekadar perkongsian untuk kita sama-sama rasa manisnya menuju jalan Allah…..

Ummi Dayana




Sunday, December 29, 2013

Mahar Tanda Cinta....


Di Malaysia pemberian mahar kahwin adalah berbeza-beza di setiap negeri dan mengikut perundangan Syariah di bawah bidang kuasa setiap Sultan yang telah diperuntukan oleh perlembangaan persekutuan. Kadar mahar kahwin yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti berikut:

Negeri                            Kadar Mahar Kahwin
Johor                                       RM 22.50
Melaka                                    RM 40.00
Negeri Sembilan                      RM 24 (Bukan Waris) / RM 48 (Ahli Waris)
Kuala Lumpur                          RM 80.00
Perak                                       RM 101.00
Pulau Pinang                             RM 24.00
Kedah                                      Tidak ditetapkan
Perlis                                        Tidak ditetapkan
Pahang                                     RM 22.50
Terengganu                               Tidak ditetapkan
Kelantan                                   Tidak ditetapkan
Sabah                                       RM 100.00
Sarawak                                   RM 120.00
W.P. Labuan                            RM 80.00
Selangor                                   RM 725.00 (Kerabat Diraja di wilayah Datuk Kelana & Kerabat)
                                                RM 2500.00 (Puteri Sultan)
                                                RM 2000.00 (Puteri Raja Muda/Puteri)
                                                RM 1000.00 (Puteri Kerabat)
                                                RM 550.00 (Puteri Anak Raja Waris)
                                                RM 300.00 (Puteri Anak Raja Yang Lain/ Anak Perempuan Orang Besar)
                                                RM 200.00 (Cucu Orang Besar)
                                                RM 80.00 (Orang Kebanyakan)

Mahar kahwin juga boleh berupakan wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. Mahar kahwin adalah wajib dibayar semasa akad nikah. Jika mahar kahwin dibayar secara hutang, maka insteri berhak untuk menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga suami menjelaskan mahar kahwinnya. Sebagaimana Firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mahar Kahwin mereka " (Surah An Nisa:4)

Makanya yang WAJIB itu adalah MAHAR KAHWIN sebagai hadiah suami kepada isteri. Hantaran beratus ribu dan dulang berpuluh2 tu tak wajib. Majlis kenduri kendara tu memadailah kita membuat majlis doa selamat untuk memberitahu masyarakat sekeliling bahawa pasangan itu adalah pasangan yang halal di sisi agama dan undang2 agar tak timbul fitnah pula nanti.... Wanita yang mulia adalah yang mudah dan murah urusan perkahwinannya.....

Terpulang ah pada diri masing2. Jangan nanti sehingga anak 4 pun hutang kahwin tak settle..

Ummi Dayana
                                              

KEK LAPIS SARAWAK



PROMOSI UNTUK TAHUN BARU CINA...

SEMUA HARGA TERMASUK POSTAGE.....

Blueberry Cheese / RM36
Lapie Peppermint / RM30
Lapis Keladi / RM30

Lapis Horlick / RM30
Roll Tikar Mengkuang / RM30
Chocolate Chip / RM32

Lapis Cuppocino / RM32
Kukus Kismis / RM32
Masam-Masam Manis / RM35

Sisik Ikan / RM35
Lapis Prune / RM32
Lapis Tembikai / RM 30

Roll Ketupat / RM30
Kukus Hati PAri / RM30
Chocolate Cheese / RM36

Kukus Belacan / RM30
Lapis TV3 / RM30
Mami Jarum / RM30

Chocolate Rise / RM32
Lapis India / RM32
Roll Strawberry Cheese / RM32


PROMOSI UNTUK TAHUN BARU CINA...
KESEMUA HARGA TERMASUK POSTAGE BAGI SEMENANJUNG. UNTUK SABAH SARAWAK SILA ADD RM9 UNTUK POSTAGE. 
TEMPAHAN BOLEH DIBUAT DENGAN MENGHUBUNGI SAYA 010-5787040....
ATAU LAWAT LAMAN WEB KAMI http://www.terbaikdarioven.weebly.com

Kayakah kita??????


Bismillah....
Usai menyelesaikan semua kerja rumah termasuk memasak untuk lunch, baca email jap then buka fb. Terpandang foto ni yg diupload oleh seorang rakan fb. Terlintas terus di benak yang membuatkan hati ini menjadi sayu. "KALAU DAH MISKIN TAK PAYAH NAK SEKOLAH TINGGI"... Ayat ini pernah dilemparkan untuk aku sendiri. Andai sahaja waktu itu aku mengakui kata2 itu pastinya aku tak berusaha untuk mencari wang demi ilmu. Mudahnya orang yang melafazkan kata2 itu kan. Agak2nya pernah tak kita sendiri lafazkan pada orang lain yang kurang kemampuan tatkala kita kaya raya punya segalanya?? Fikirkan apa natijahnya kata2 itu kepada anak kecil  andai jiwanya tak cukup kuat untuk FIGHT BACK... Miskin atau kaya, setiap manusia wajar diberikan peluang untuk menuntut ilmu. Allah sendiri pun tidak memilih kasih sayang. Kita hambaNya je yang bangang...

Bila aku jadi nurse, aku pernah dengan orang cakap "KALAU DAH ATHU TAK ADA DUIT JANGANLAH SAKIT".. Weiii hello hello hello.....korang ingat sakit tu suka2 ke orang nak minta??? Tadah tangan pastu cakap "Ya Allah bagilah aku kanser tahap 4".. Ada ke? Ada ke? Orang yang cakap macam tu pada orang yang sakit yang kurang kemampuan bayar bil tu bagi aku memang wajar kena pijak perut. Kalau diberi pilihan dia pun tak nak sakit. Dia pun nak sihat sepanjang waktu.

Sila beringat...saat ini mungkin dia miskin...anak2 pergi sekolah pakai baju compang camping koyak tampala sana sini. Suatu waktu anak2 itulah yang paling berjaya sebab dia perlu berusaha keras untuk berjaya. Sedangkan anak2 kita yang biasa kita mewah kan hanya penyusah kita waktu tua. Hati ini mungkin si miskin sakit melarat. Siapa tahu suatu waktu kita yang sakit tak bangun2...Jangan mudah melafazkan kata2 yang mengguris hati si miskin kedana. Siapa tahu doanya lebih murni dari kita....

Semoga aku bukanlah golongan yang merendahkan orang lain tatkala aku punya segalanya....

Ummi Dayana...

Saturday, December 28, 2013

Mencari Allah.....


Bismillah....
Untuk entry sesaja kali ini, ummi ambil foto yang diupload oleh seorang rakan fb. Membaca nya buat ummi memang patut hantuk kepala berjuta2 kali. Kenapa??? Betullah kan kena hantuk kepala. Masa sekolah , kat kolej, sanggup baca buku tebal2 sebab nak lulus exam je. Tapi Ya Allah....Al Quran yang tak la berapa nak tebal berbanding dengan buku medical surgical ummi dulu ni ummi tak abis baca pun tafsirannya. Malunya malu pada Allah. Mana nak sorok muka sebab yang dilangit dan dibumi ni semua Allah punya. Al Quran yang akan berikan cahaya masa kat kubur dan akan jadi penyelamat dunia akhirat ni tak dibaca, dibiarkan berhabuk atas or dalam almari or laci...Adoihaiiiii manusia kenapa la jadi macam haiwan.???? 

Alhamdulillah....
Allah utuskan jiwa2 yang sangat murni yang mana menjentik halus nurani ummi, menurunkan hijab ego, membuka mata hati untuk mencari jalan pulang yang selama ini tak nampak sebab FIRAUN ada kat hati. Hehehehhe....Firaun rupa nya diri kerdil ini sebab rasa bagus sangat sampai tak baca tafsir Al Quran. Sekarang azam setiap kali diberikan peluang untuk membuka mata dan bernafas adalah MEMBACA TAFSIR AL QURAN dan memahaminya agar tak jadi FIRAUN sekali lagi. Ibarat kata Saiful Nang "kalau dah gerak2 manja tak nak juga bangun, dah sampai masanya kena PIJAK PERUT bagi terjaga". Kalau adinda Al Fadzil Shauqi "kompang lagu merdu untuk mengocak jiwa"...Bagi adindanJuraidah pula katanya, "alunkan je lagu rock biar goyang skit kerusi firaun tu"...Kalau semua tu tak jalan gak maknanya memang minta DIPALU oleh Ayahanda Dr Masjuki la kan....

InsyaAllah...
Akan ummi teruskan jalan ini kerana inilah jalan kebahagiaan dunia akhirat. Inilah jalan kebaikan jalan syurga. Kalau dengan Allah pun ada rasa bongkak (tak ikut apa yang Allah suruh tu bongkak la kan), maka jangan duduk kat jajahan kepunyaan Allah. Mana nak pergi??? Lu fikir sendiri lahhh....

Ummi Dayana

Apa Khabar Mu Sahabat....

Bismillah....
Tetiba teringat plak kat sahabat ummi yang sorang ni. Apa khabar agaknya dia? Dah lama sangat kami tak bertanya khabar tapi dia adalah antara sahabat yang selalu ummi doakan. Semoga sahaja Allah merahmatinya selalu . He is a great sahabat. Selalu menasihati dan memberikan semangat. Kala rebah dialah yang memaksa untuk bangun semula dan jangan mengalah....

My Best Friend..Md Faisal aka Jepun Gayong

Kalau dengan dia ni sekali sekala tak terkena usikan nya memang taksah. Ada saja kita akan menjadi bahan gelak dia. Tapi dalam gurauannya, dia membuatkan sahabat kelilingnya ketawa namun hati dia sebenarnya juga menyimpan jutaan rasa. Rasa yang kadangkala tak mampu untuk dia ungkapkan. Ada rindu yang selalu mengalun jiwanya membelai hati seorang papa. Semoga sahaja sinar bahagia buat mu sahabat akan selalu ada. Biar wajah mu dihiasi senyuman namun kutahu hati mu teramat rindu pada permata hati yang terpaksa kau tinggalkan jauh.... Biar kita tak lagi bertukar kata kerana kekangan masa keterbatasan waktu, namun kau tetap sahabat terbaik ku....

Ummi Dayana.....




Friday, December 27, 2013

Kembali Mencari Insani....


Bismillah......

Hujan menyirami lagi
Saat terpandang langit kasih
Fikiran memutar satu persatu
Wajah polos suci bersih
Hati tersentuh dengan jalinan kasih
Jiwa merendah insaf dan syukur
Suatu waktu lama dahulu
Aku menyusur denai 
Mencari erti kasih yang suci
Memberi cinta dan harapan dicintai
Denai itu tidah selalunya indah
Mentari juga tidak bersinar selalu
Bayu enggan menghembus saban waktu
Betapa detik itu aku gagal
Gagal mengenal anda bencana
Ya bencana sebagai khifarah khilaf insaniku
Aku masih leka mengejar cinta manusia
Aku sengaja lupa di mana cinta sebenarnya
Melalaikan diri dengan dunia
Memekakkan deria dengan panggilan CintaNya
Membutakan akal dengan nafsu
Ruginya aku
Sungguh aku tersangat rugi oleh waktu
Ombak pertama hanya memukul lembut
Namun aku hampir kelemasan
Tercungap mencari nafas
Terlelah mencari pautan
Dan hampir saja aku menyerah
Membenarkan jiwa mati
Namun demi terpandang amanah Ilahi
Jiwa tersentap
Akal terpukul
Deria terbuka
Bisikan nurani berbisik lembut

"Kembalilah kembalilah kepada pencipta mu. Apa kau lupa siapa kau? Mengapa ingkar dnegan lafaz janji sebelum kau ke dunia? Bangun dari kelekaan nafsumu. Lihat Dia masih memberikan waktu"

2 tahun berlalu
Membawa aku menyusuri denai baru
Membuang rasa malu mencari ilmu
Mencari ilmu mengenali Sang Pencipta
Kerna aku tak mahu dihamba nafsu
Kerna aku tak rela Islam tanpa faham
Kerna aku masih diberi waktu....

Ummi Dayana

Thursday, December 26, 2013

Bersangka Baik......

Bismillah…
Assalamualaikum…
  
Ini Cuma sekadar coretan dari hati ummi yang dalam pencarian sebuah kekuatan yang berterusan dalam meniti kehidupan menuju kematian.

Dari sekolah lagi ustaz selalu mengatakan bahawa kita kena selalu bersangka baik kepada apa pun keadaan kerana itu adalah satu cabang kesabaran.  Benarkah orang yang bersangka baik adalah orang yang sabar? Hhhhmmmm ….Jika difikir-fikirkan semula memang dekat sangat. Tak mudah tau untuk bersangka baik kerana ia melibatkan hati dan ia adalah proses mendidik hati yang berterusan tanpa ada nokhtah.  Aku tertarik dengan mesej yang pernah dihantar oleh sahabat baik ku kepada ku suatu waktu ketika aku benar-benar buntu. Ia adalah petikan kata-kata  Nabi Yaakob a.s…"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,.”.(Surah Yusuf;86)

Jika kita selalu bersangka baik dengan ALLAH maka kita juga akan sentiasa bersangka baik dengan manusia. Senyumlah ketika kamu ingin marah kerana itu akan mengawal kata-kata mu. Adakah aku selalu bersangka baik? Atau seringkali aku mencari alas an meletakkan kesalahan kesilapan atau apa saja bentuk penyebab kepada kegagalan.

Duhai diri yang hina lagi kerdil….

Kita seringkali berada dalam situasi ini. Lintasa pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif.  Kenapa berlaku begini..?. Apa salah diriku?. Pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih kerana itulah fitrah manusia. Namun seringkali berlebihan. Itu tak sepatutnya berlaku.  Sikit-sikit sudahlah kan…

Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH. Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa   ALLAH bersama dengannya. Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar -Rahim (Maha Pengasihani)? ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada  ALLAH.

Pergolakan jiwa, kemusnahan yang aku alami tiga tahun lalu benar banyak mengajar aku erti kembali. Dengan adanya sahabat yang selalu memberikan nasihat dan dorongan aku bangun mencari sesuatu yang aku biarkan. Sesuatu yang membuatkan aku rugi serugi-ruginya. Sedari itu aku banyak belajar bersabar dan bersangka baik. Lebih redha dengan apa yang berlaku.

Bercakap tentang bersangka baik ni kan, aku menikmati rasa itu sejak kemusnahan dan kehancuran rumahtangga. Satu persatu keindahan hadir. Bertemu dengan sahabat yang baik. Dihadirkan jiwa-jiwa suci dan murni penuh kasih sayang membantu terutama ketika bumbung rumah runtuh. Dan Allah juga hantarkan jiwa-jiwa murni sekali lagi membantu aku membereskan urusan permulaan persekolahan anak-anak. NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI MAHU AKU DUSTAKAN?? Ya Allah indah sungguh pemberian Mu untuk hamba Mu yang sering melalaikan diri…


Untuk jiwa-jiwa yang menghantarkan pemberian ini, ucapan terima kasih yang tak terhingga. Hanya ucapan Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan. Semoga Allah memberikan rahmatNya ke atas kalian. My kiddos are really happy. New bag bukan dalam agenda permulaan sekolah 2014 untuk mereka…. Terima kasih….Parcel ni saya terima via Skynet tengah hari tadi...


Ummi Dayana…..

Monday, December 23, 2013

Nafkah Anak Perceraian-Tanggungjawab SIAPA?????

Bismillah.....
Assalamualaikum...
Coretat sekali ini agak sensitip sedikit sebab ianya berkaitan dengan tanggungjawab terutama yang MENGAKU ISLAM.....


Buat lelaki yang bergelar suami, ingat lagi tak lafaz sewaktu nikah?? Fahamkah kalian apa maksudnya "aku terima nikahnya.......?". Ok...tak mau ulas lanjut. Sendiri fahamlah ye...Dalam sebuah rumah, seorang suami itu bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak2. Walaupun isteri bekerja, ia bukan alasan untuk suami melepaskan diri daripada tanggungjawab menyediakan nafkah. Tak kira la gaji isteri besar daripada gaji suami, itu tanggungjawab yang wajib.

Dan bagaimana pula setelah berlakunya perceraian??? Suami/Bekas suami masih wajib memberikan nafkah sepanjang tempoh edah kecuali isteri yang diceraikan kerana nusyuz. Bukan setakat nafkah edah malah hak tempat tinggal juga wajib diberikan. Nafkah anak2 lagilah wajib kan kan.
Tapi ummi bukan nak story mory bab nafkah isteri, tapi nak talk tell pasal nafkah anak2.

Orang kata kita kena adil bila nak menilai kewajipan nafkah anak2 ni, kena ambil tahu beberapa perkara. Kena adil, janganlah kerana seorang isteri diceraikan suami, maka kita kesian kat isteri je...Kerana yang menilai tak tahu latar belakang sesebuah perceraian. Bagaimana pula kalau memang dah tahu??? Fikir-fikirkan sejenak....Nilai dengan mata hati.

Seorang bapa yang sangat mampu, wajib dia memberikan nafkah kepada anak2 tanpa perlu disuruh atau dikeluarkan perintah oleh mahkamah. Tak kiralah bekas isteri bekerja gaji bear atau memang tak bekerja. Sebab hubungan yang terputus hanya antara suami dan isteri tetapi hubungan anatara bapa dan ana2 sampai kiamat. Dan kalau lah anak itu perempuan, bapa adalah wali sewaktu pernikahannya nanti. Mana ada istilah bekas bapa atau bekas anak..Tapi memang ada yang buat macam itu. Disebabkan anak2 ikut ibu maka bapa nak balas dendam. Haaa kau tanggunglah sorang sebab anak2 nak ikut kau atau kau yang dapat hak jagaan kan kan....

Persoalannya...sampai bila sang bapa wajib memberikan nafkah kepada anak2?? Apa yang yang ummi tahu dan belajar selagi anak2 belum baligh, maka tanggungjawab nafkah tertanggung ke atas kepala bapanya dan waris lelaki sebelah bapanya. Tetapi bagi anak2 yang telah baligh, ada beberapa keadaan yang perlu dilihat.

Jika anak2 dah mampu berdikari (ada ekrja ada pendapatan), maka tak wajib dah bapanya berikan nafkah. Nak bagi pun tak apa kan, lagi2 kalau bapa dah memang kaya raya. Perihal anak perempuan pula, apabila dah bersuami maka gugurlah tanggungjawab tersebut dan beralih pula ke atas kepala suaminya. Bagi anak2 yang berharta (walaupun belum baligh), maka memang tak wajib lah bapa bagi. Eh eh jap...anak2 ada harta?? Macamana pula ye?? Manalah tahu kan kan, datuk kepada anak itu kaya raya, wariskan harta ke anak itu, maka harta itu boleh digunakan oleh penjaga untuk perbelanjaan anak2 itu, so bapa tak payah lah bagi. Tapi macam biasa lah, nak bagi pun apa salahnya.

Tapi bagi bapa yang tak mampu nak bagi nafkah (BUKAN BUAT TAK MAMPU TAU..ramai yang pura2 tak mampu. Isytihar muflis pun sanggup), contohnya sang bapa memang kasi pagi suap malam, kais malam suap sahur, maka kewajipan itu gugur dengan sendirinya. Walaupun begitu, andai ada waris lelaki sebelah bapa yang mampu (ayah, adik/ abang), maka kewajipan ini tertanggung ke atas mereka pula. Apa pun sang bapa kena lah berusaha jika badannya masih sihat segar bugar. Janganlah asyik cari alasan je kan kan....

Ok..berbalik kepada persoalan, jika sang bapa itu mampu nak bagi nafkah, tetapi sengaja tak nak bagi maka sang bapa itu BERDOSA kerana MENGABAIKAN TANGGUNGJAWABNYA. Maka si ibu boleh membuat tuntutan nafkah di mahkamah setelah penyelesaian di luar mahkamah gagal membuatkan sang bapa menunaikan tanggungjawab. Lepas bagi peluang untuk bagi sukarela pun buat acuh tak acuh, nak kena maki hamun baru nak bagi, so kiranya jalan di luar mahkamah gagal ok. Naik je lah mahkamah. Dan hakim akan memutuskan jumlah yg perlu dibayar berdasarkan kemampuan suami (tak kisahlah kan janji hak anak2).

Jangan pula ada yang cakap zalimnya si ibu tu.  Ini tidak dikira zalim, sebab si ibu hanya menunaikan haknya sebagai ibu kepada anak2. Walaupun ibu sendiri mampu menyediakan perbelanjaan anak2 disebabkan dia ada pendapatan (online/offline), namun tanggungjawab nafkah itu masih lagi menjadi tanggungjawab bapa kepada anaknya.

To me lah kan....isteri2 yang dah diceraikan, bila dah bagi peluang selesaikan di luar mahkamah pun tak jalan, maka naik turun mahkamah adalah jalan akhir. Tuntut semua hak2 kita dan juga hak anak2. Tak yah malu tak yah segan. Jangan risau lambat ke bertahun ke apa ke. Hak tetap hak.
Sebab nanti bila anak2 dah makin besar ni, makin banyak perbelanjaan nak guna. Akhirnya kita menjadi wanita2 tua sebelum usia dengan sibuk bekerja semata2 nak memenuhi perbelanjaan keluarga.. tak sempat nak fikir pasal pernikahan yg baru (hahahahhahah). Lepas tu tak sempat juga nak jengah Al Quran....Mari perjuangkan hak kita hak anak2 kita...

Ummi Dayana



Saturday, December 21, 2013

Syukur....

Bismillah....


Assalamualaikum...
Kenapa ye ummi memilih tahuk ini?? Hhmmmm semua sebab memerhatikan sepasang putra putri mulai membasuh bag sekolah yg lepas, mengutip kasut sekolah, mengumpul alat tulis yang masih boleh dipakai lagi untuk sesi persekolahan akan datang. Bila diberitahu bahawa masih sempat untuk ummi belikan yang baru, anak lelaki yang akan memasuki tahun satu berkata "tak apa dia tak perlukan yang baru sebab bukan bag nak pergi sekolah tuntut ilmu". Alhamdulillah..Selama ini ummi selalu pesan selagi barang yang kita boleh guna tu masih boleh digunakan maka gunakanlah sampai habis sampai tak boleh pakai lagi. Ummi selalu pesan pada putra putri ini bahawa masih ada yang kat luar sana yang tak bernasib baik. tak ada apa yang kita ada. Walaupun kita kurang tapi masih ramai lagi yang kurang dari kita. So kena syukur selalu jangan mengeluh. Bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.

Sekiranya kita bersyukur dengan kawan yang ada, harta benda yang ada, kita akan mendapat lebih ramai kawan yang baik dan mendatangkan kebaikan. Malah kita selalu dihantar kan oleh Allah jiwa-jiwa yang tulus membantu dan mengasihi kita


Orang yang selalu merungut itu tak ada, itu tak ada akan mendapati bahawa minda mereka hanya nampak benda yang mereka tiada, maka rungutan mereka akan bertambah kerana senarai benda yang mereka tidak ada akan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya. Hidup orang-orang seperti ini pun akan selalu tak happy tak bahagia..Asyik rasa dia je yang menderita. Dia je yang tak ada.


Rungutan ini membuka pintu bisikan syaitan. Bermula dengan mainan minda dan dicampuri dengan perasaan dengki dan cemburu yang akhirnya timbul perasaan dendam kerana asyik membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mereka akan sentiasa dalam keadaan kecewa, menangguhkan kegembiraan mereka selagi benda yang dihajat tidak berada di tangan.


Bersyukurlah pada apa yang ada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Dan bersyukur juga dengan apa yang tak ada. Allah lebih tahu apa yang tersembunyi. Yang tiada itu mungkin lebih baik tiada di tangan kita.

Usah merungut pada apa yang tiada, sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, Sebaliknya fokuskan segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan. Kalau masih tak dapat juga jangan lah berputus asa.


Ketenangan sebenar dan nikmatnya hanya boleh dirasai sekiranya kita tahu bersyukur. Fokuslah pada apa yang ada, Dah tentu itu tidak meletihkan kerana senarai itu terhad berbanding dengan apa yang kita tiada kerana senarai itu adalah infiniti tiada kesudahan.


Hargailah sesuatu waktu yang ada, agar anda tidak menyesal apabila ia sudah tiada. Hargailah masa-masa ketiadaan kerana suatu masa ia akan menjadi masa keberadaan...


Alhamdulillah..Sayang anak-anak ummi Nur 'Aisyah Insyirah & Muhamad Afiq Haqimi...

Ummi Dayana

Friday, December 20, 2013

Camar Pulang Sarang

Bismillah...
Setiap yang bermula ada penghujungnya. Ingatkan journey ni just untuk kursus dan pertemuan tak formal dengan family baru. Tapi end up dengan resting n simple holiday kat umah pakcik n family dia... Thank you Mak Co...Dapatlah anak2 tengok petak sawah, anak padi, batas, tali air dan macam2. They enjoyed it. Dan hari ini kami pulang semula ke Perak. Alhamdulillah....Enjoy the scenery...Keindahan ciptaan Allah yang mana ingin didustai......

Bangau cari tempat rest

Cantik kan

Tepi sawah

Langit senja depan umah pakcik

Terbang

Si hensem ummi

Alhamdulillah

Hijau...on the way balik Perak

Home...

Ummi Dayana


Thursday, December 19, 2013

Love.....??????


I love you because i need you or i need you because i love you......cuba pejamkan mata dan lafazkan kedua2 ayat ini berulang kali. Adakah bertemu dengan dengan jawapannya? Adakah dapat merasakan perbezaannya? Kalau masih gagal, cuba lagi dan cuba sampai ketemu. Bagi aku perbezaan keduanya amat ketara sekali. Sangat jauh maksudnya. I need you because I love you jauh lebih murni dan ikhlas.

Bukankah sewajarnya begitu cinta kita kepada Allah? Kita perlukan Allah kerana kita mencintai Allah. Jangan kita mencintai Allah hanya saat kita memerlukan pertolongan Allah. Itu cinta palsu. Pada ketika Allah memenuhi keperluan kita, cinta kita pudar dan berpaling.

Aku adalah manusia yg ketika dilanda masalah, sempit, gagal, sakit, susah dan miskin, merayu dan merintih pada Allah. Zalimnya diriku... Ketika sempit menghimpit, aku memperkemaskan ibadah dan akhlak. Lama waktu solat dan panjang pula doaku. Tapi bila kelapangan menjelma, aku kembali lalai, kufur dan derhaka pada Allah. Aku perlukan Allah pada saat-saat tersepit sahaja. Bila senang menjelma, aku pinggirkan Allah. Apakah ini cinta ku pada Allah????

Rapuhnya ibadah aku yang mencintai Allah saat terdesak. Setelah Allah memberi apa yang aku pinta, aku menjadi alpa. Bila Allah lambat memberikan pada ku, maka akurasa kecewa, marah dan putus asa. Maka mulalah nafsu membisikkan kata hina. Hai terasuk dan bertanya "mengapa Allah tak perkenankan doaku? mengapa dah buat baik pun masih macam ni? Itulah aku pencinta yang ego. Yang hanya mencinta waktu susah lalai waktu mudah. Ya Allah zalimnya aku...

Aku ibaratkan keperluan ku kepada Allah bagaikan lampu Aladin. Digosok dikilatkan hanya bila aku perlukan pertolongan. Aku tak mahu begitu lagi. Aku ingin menjadi hamba yang benar mencari Allah pada bila2 masa pun.. Aku ingin mencintai Allah kerana memang aku mencintai Allah bukan kerana mencintai diri sendiri sahaja. Aku yakin bila aku hanya ingin mencari redha Allah maka Allah akan berada sentiasa di hati di nafas ku. Itu cinta tanpa syarat...

Itu baru cinta sejati. Cinta luhur yang menafikan kepentingan sendiri. Masalahnya dari dahulu sehingga sekarang bukan tidak ada Tuhan tetapi terlalu banyak "berhala" yang dibuatkan hingga menyebabkan aku keliru dan buntu. Di mana sahaja ada "berhala" yang menarik nafsu hingga panggilan Allah dilupakan diabaikan. Sukar membuat pilihan kerana nafsu merajai fikiran dan hati. Jadi kena bebaskan hati dari nafsu. Nafsu perlu dijinakkan dahulu. Tak mudah tetapi jika tekad dan azam sudah ada, hanya perlu ambil langkah mula.

Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”
Ya Allah cukuplah cinta Mu...

Ummi Dayana

Wednesday, December 18, 2013

Sepetang Menatap Alam....Petak Sawah

Foto-foto ni sesaja suka2...Menggembirakan anak2 agar mereka tak rasa kurang. Nanti mereka bisa berkongsi kasih sayang saat susah mahupun senang.....Tahu menghargai indahnya ala terbentang. Belajar dan mempelajari hidup....

Seluas pemandangan indah

Enjoykan anak2 sayang?

Kasih kita..

Atas batas sawah..

Tak ada pacat pun hehehehe

Comey je cute je

Yss our small little coven

Bertiga??

Sayang kamu kamu 

Semoga Allah tetap titipkan ketabahan di hati ummi. Cinta ummi semerah epal ini.

ummi dayana