My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely
Showing posts with label Luaskan Kesyukuran. Show all posts
Showing posts with label Luaskan Kesyukuran. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Bersangka Baik......

Bismillah…
Assalamualaikum…
  
Ini Cuma sekadar coretan dari hati ummi yang dalam pencarian sebuah kekuatan yang berterusan dalam meniti kehidupan menuju kematian.

Dari sekolah lagi ustaz selalu mengatakan bahawa kita kena selalu bersangka baik kepada apa pun keadaan kerana itu adalah satu cabang kesabaran.  Benarkah orang yang bersangka baik adalah orang yang sabar? Hhhhmmmm ….Jika difikir-fikirkan semula memang dekat sangat. Tak mudah tau untuk bersangka baik kerana ia melibatkan hati dan ia adalah proses mendidik hati yang berterusan tanpa ada nokhtah.  Aku tertarik dengan mesej yang pernah dihantar oleh sahabat baik ku kepada ku suatu waktu ketika aku benar-benar buntu. Ia adalah petikan kata-kata  Nabi Yaakob a.s…"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,.”.(Surah Yusuf;86)

Jika kita selalu bersangka baik dengan ALLAH maka kita juga akan sentiasa bersangka baik dengan manusia. Senyumlah ketika kamu ingin marah kerana itu akan mengawal kata-kata mu. Adakah aku selalu bersangka baik? Atau seringkali aku mencari alas an meletakkan kesalahan kesilapan atau apa saja bentuk penyebab kepada kegagalan.

Duhai diri yang hina lagi kerdil….

Kita seringkali berada dalam situasi ini. Lintasa pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif.  Kenapa berlaku begini..?. Apa salah diriku?. Pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih kerana itulah fitrah manusia. Namun seringkali berlebihan. Itu tak sepatutnya berlaku.  Sikit-sikit sudahlah kan…

Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH. Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa   ALLAH bersama dengannya. Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar -Rahim (Maha Pengasihani)? ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada  ALLAH.

Pergolakan jiwa, kemusnahan yang aku alami tiga tahun lalu benar banyak mengajar aku erti kembali. Dengan adanya sahabat yang selalu memberikan nasihat dan dorongan aku bangun mencari sesuatu yang aku biarkan. Sesuatu yang membuatkan aku rugi serugi-ruginya. Sedari itu aku banyak belajar bersabar dan bersangka baik. Lebih redha dengan apa yang berlaku.

Bercakap tentang bersangka baik ni kan, aku menikmati rasa itu sejak kemusnahan dan kehancuran rumahtangga. Satu persatu keindahan hadir. Bertemu dengan sahabat yang baik. Dihadirkan jiwa-jiwa suci dan murni penuh kasih sayang membantu terutama ketika bumbung rumah runtuh. Dan Allah juga hantarkan jiwa-jiwa murni sekali lagi membantu aku membereskan urusan permulaan persekolahan anak-anak. NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI MAHU AKU DUSTAKAN?? Ya Allah indah sungguh pemberian Mu untuk hamba Mu yang sering melalaikan diri…


Untuk jiwa-jiwa yang menghantarkan pemberian ini, ucapan terima kasih yang tak terhingga. Hanya ucapan Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan. Semoga Allah memberikan rahmatNya ke atas kalian. My kiddos are really happy. New bag bukan dalam agenda permulaan sekolah 2014 untuk mereka…. Terima kasih….Parcel ni saya terima via Skynet tengah hari tadi...


Ummi Dayana…..

Friday, December 20, 2013

Camar Pulang Sarang

Bismillah...
Setiap yang bermula ada penghujungnya. Ingatkan journey ni just untuk kursus dan pertemuan tak formal dengan family baru. Tapi end up dengan resting n simple holiday kat umah pakcik n family dia... Thank you Mak Co...Dapatlah anak2 tengok petak sawah, anak padi, batas, tali air dan macam2. They enjoyed it. Dan hari ini kami pulang semula ke Perak. Alhamdulillah....Enjoy the scenery...Keindahan ciptaan Allah yang mana ingin didustai......

Bangau cari tempat rest

Cantik kan

Tepi sawah

Langit senja depan umah pakcik

Terbang

Si hensem ummi

Alhamdulillah

Hijau...on the way balik Perak

Home...

Ummi Dayana


Wednesday, December 18, 2013

Mengenal Meneliti antara Bumi dan Langit...Kedah Darul Aman

Bermula pada 13/12/2013, putra putri memang mengikut ummi ke Sungai Petani untuk menuntut ilmu mencari sesuap nasi. Ini first time buat mereka menjejakkan kaki ke Sungai Petani dan juga Alor Setar. Kalau ke Langkawi tu pernah lah suatu ketika dahulu. Tetapi perjalanan ini lebih enjoy buat mereka sebab NAIK BAS....Yeaaaaa.... Dan first time juga budak dua ni tengok petak sawah padi..Hehehehe...Ummi memang pernah menuntut ilmu di bumi Kedah ini tapi seketika sahaja...Lets photo tells its story.. :)

Ummi sibuk belajar, dua budak ni sibuk main buaian

Si Tam..kucing manja Mak Co n family

Pemandangan di hadapan rumah Mak Co

Sudut pagar

Cari apa tu manja?

Geram kan kan kan

Ni burung merbah tanduk (agaknya la. sbb ada tanduk)



Sah mata dia ni kat tv

Bunga2...

Cantik tak cantik tak


Syok santai ni

Nyaman duk kat ruangan ni

Posing.

Amboi2..cik esah...

Dia pun nak posing gak

Melepaskan lelah 

Subahanallah..damai hijauuu

First time dapat tengok real petak sawah

Budak ni nak turun masuk...

Syokkk

Peace..

Keindahan ciptaan Allah

Asyikk

Lari meninggalkan ummi

Damai yang menenangkan


Gedik la ko Tam

Nomeyyy



Majuk konon

Ni si comeyy

Tam majuk kena marah

Ni si belang






Tangan si adik


Nak bagi hidung tu mancung ye??

Pelangi...


Pelangi petang


Cantikk biasan cahayanya





Tak ada ikan dalam ni...

Kat taman tasik

Mood