My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Perfect Ummi or Super Ummi???


Bismillah...
Ok...Bila bernakap tentang nak jadi ibu bapa yang sempurna aku selalu tertanya.. Perlu ke jadi sempurna? Perlu ke semuanya tak ada kesilapan dan kesalahan langsung? Hmmmmm...tak...Bagi aku tak perlu. Didik anak2 untuk jadi ibu dan bapa macam kita juga. Sebab one day mereka ni akan jadi ibu dan bapa kan. Kalau nak anak2 jadi baik, bagus, kita ibu bapa kenalah jadi baik dan bagus dulu. Ni anak disuruh pandai itu ini tapi ibu bapa cincai bocai je. Didik anak2 juga tak perlulah jadi macam kita. Kalau ibu bapa doktor tak perlu paksa anak2 jadi doktor juga. Let them be what they want to. But kita guide agar mereka tak silap langkah...

Aku adalah single ummi. Mendidik mencari rezeki semuanya atas bahu aku. Aku tak pernah paksa anak2 untuk jadi apa yang aku ingin mereka jadi. Aku guna konsep "tunjuk perlihatkan ajar terapkan sokong". Sebagai contoh, puteri suka melukis, aku belikan pensil warna buku lukisan. Bila dia luahkan perasaan di atas kertas lukisan, aku akan minta dia menceritakan semula tentang apa yang dia lukiskan. Memintanya bercerita tentang sebab kenapa mengapa dan sebagainya akan merangsang minda dia. Bagi putra pula dia suka explore dunia luar. Tangkap serangga, cipta mainan sendiri. Sama juga. Aku akan tanya semua rasional tentang apa yang dia lakukan. Jika benda itu salah maka aku akan menerangkan implikasi perbuatannya. 

Anak2 tak perlu diherdik selalu. Gunakan pendekatan positif dalam mendidik mereka. Instead bertanya "dah solat?" yang pastinya anak2 boleh menipu sebab takutkan kita. Maka cuba tukar "anak ummi yang baik pasti sudah solat sebab Allah sayang orang yang solat".

Menjadi super ummi tak mudah sebab kat rumah ni ada sepasang anak2. Kalau dengan yang puteri ummi kena jadi seayu mungkin mendidik. Bila dengan putra pula adakalanya ummi bertukar jadi pengusti. Sebab tak kan nak ajak boy main barbie doll. Kena lah main bola sepak, lastik pokok.....That's me....

Ummi Dayana

Tuesday, December 31, 2013

Pohon Merendang atau Kering Melayu????

Tunas

Bismillah…

Bercerita tentang pohon rendang sebenarnya bagi aku ia bagaikan sebuah keluarga. Bagaimana begitu? Lets ketuk-ketuk otak seketika sebelum anak-anak mula bersekolah dan kita memulakan rutin tanpa anak-anak di rumah separuh hari.

Benih yang berkualiti akan  bercambah menjadi anak pohon yang subur. Benih ditanam di kawasan yang luas dan sangat bertepatan dengan fitrah benih itu. Kalau padi tak kan nak tanam kat padang pasir kan. Kenalah sesuaikan ia mengikut alaminya. Benih yang ditanam tadi mesti mendapat air, cahaya matahari baja yang secukupnya. Dari benih yang kecil tadi ia akan mengeluarkan tunas yang akan menjadi pohon bercabang dan berdaun sekiranya kesemuanya diperolehi dnegna baik dan cukup.  Hari demi hari anak pokok yang kecil itu membesar dan menjadi sebuah pohon yang rendang.  Menyejukkan  pada mata yang memandang.

Pohon itu semakin membesar, ia mula berbunga yang kemudiannya berbuah. Bukan sahaja berbuah malah ia menjadi tempat berteduk bagi unggas-unggas liar dan juga pengembara yang lelah.  Akarnya teguh dan tak mampu digoyah walaupun ditiup angin kencang.  Burung-burung berkicau riang menghargai anugerah alam. Pohon itu juga mampu membebaskan oksigen yang sangat diperlukan manusia dan menyerap gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan. Inilah suatu kitaran yang alami di antara manusia dan alam. Sentiasa memberi demi redhaIilahi. Kita adalah anak benih itu.

Pilihan di tangan kita. Sama ada kita ingin menjadi seperti pohon yang rendang dan berbuah lebat itu atau pohon kering yang hanya menunggu masa untuk mati tanpa tahu erti berbakti dan menghargai. Jadilah manusia yang mampu berdikari, sedia berbakti dan teguh pendirian diri (agama). Tak mudah goyah walaupun cabaran kuat menduga. Carilah fahami amal dan ajari sebanyak mana ilmu dan pengalaman di sepanjang perjalanan waktu sama ada manis mahupun pahit adalah proses pembelajaran. Setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tertentu. Pengalaman itu mampu mendewasakan kita. Hargailah hidup ini kerana setiap daripada kita ada potensi yang tersendiri.Telitilah ia dan kau pasti mengerti misterinya hidup ini. Subhanallah.

Bagi yang dianugerahkan anak-anak, maka didiklah mereka dengan didikan Islam sepenuhnya. Bukan hanya melahirkan mereka dan kemudiannya tertulis di tanda pengenalan  sebangai “Islam”. Tapi Islam atau tidak anak-anak itu bermula dari kita sendiri. Mereka akan menjadi apa yang kita ajari dan semai. Andai Islam yang kita tanamkan maka Islam lah anak itu. Andai Majusi yang kita semai maka Majusi lah anak…

Semoga aku dan keluarga ku adalah Islam yang alami bukan Islam pada IC…


Ummi Dayana



Wednesday, December 18, 2013

Sepetang Menatap Alam....Petak Sawah

Foto-foto ni sesaja suka2...Menggembirakan anak2 agar mereka tak rasa kurang. Nanti mereka bisa berkongsi kasih sayang saat susah mahupun senang.....Tahu menghargai indahnya ala terbentang. Belajar dan mempelajari hidup....

Seluas pemandangan indah

Enjoykan anak2 sayang?

Kasih kita..

Atas batas sawah..

Tak ada pacat pun hehehehe

Comey je cute je

Yss our small little coven

Bertiga??

Sayang kamu kamu 

Semoga Allah tetap titipkan ketabahan di hati ummi. Cinta ummi semerah epal ini.

ummi dayana