My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Tuesday, December 31, 2013

Just Another Number.....


Bismillah....
Selamat jalan 2013???? Should i say thaht??? Entahlah. Bagi aku ia cuma satu pertambahan nombor yang terlah berlalu. Berlalu meninggalkan aku dengan pelbagai makna pelbagai urusan pelbagai hijab pelbagai suasana pelbagai peristiwa dan pelbagai lagi pelbagai..

2013 pastinya adalah proses perjalanan yang banyak mengajar aku tentang tanggungjawab.
2013 menjadikan aku lebih matang lebih terbuka menerima kifarah kesan dari perbuatan sendiri.
2013 mengajar aku lebih menerima keadaan yang perit dengan lebih tabah dan redha.
2013 menyaksikan aku lebih banyak mengambil keputusan "wait n see".
2013 membuatkan hati ini lebih kuat lebih gagah menahan cemuhan hinaan cacian
2013 juga menyaksikan bahawa rezeki ku bukan lagi di Subang Jaya sebagai seorang jururawat.
2013 adalah tahun pengorbanan yang aku kira tak mampu aku lakukan dahulu. 

Namun di sebalik setiap duka lara pedih 2013 juga menyaksikan betapa banyaknya kasih sayang rahmat Allah yang tak mampu dihitung.

2013 aku mengatur langkah mendidik putra putri sepenuh masa
2013 menyaksikan aku melunaskan sedikit tanggungjawab terhadap atok n nenek ku.
2013 membuatkan aku lebih mengenali antara benar dan pura-pura.
2013 menjadi bukti bahawa nikmat Allah itu luas bagi hambaNya yang selalu redha dan bersangka baik.
2013 Allah hadirkan jiwa-jiwa pengasih yang menjadi sebahagian dari kasih sayang tanpa sempadan
2013 Allah utuskan jiwa-jiwa pemurah yang meringankan urusan ku.
2013 detik turunnya hijab ego marah penolakan diri ini.
2013 menemukan aku dengan dia dan semoga perancangan kami bertemu dengan perancangan Allah

Dan semoga hijab itu terus turun dan lunyai dengan ilmu Allah yang aku jejaki denainya. InsyaAllah... Tak terhitung khilafnya aku hamba yang sombong pada Pencipta. Memandang kebelakang sesekali adalah perlu agar diri tidak bongkak tidak lupa gelapnya semalam. Ia perlu untuk peringatan masa depan.

2014 datang sebagaimana yang Allah tetapkan. Sama ada mampu mengharunginya sepanjang tahun hingga 2015 atau tidak segalanya rahsia Allah. Azam dipasang tetapi aku dah lama tak ada azam. Niat yang aku tanamkan hanya ingin menjadi hamba yang lebih baik setiap nafas yang ada. Mempelajari memahami mengamalkan dan berkongsi semula perihal agama suci ini agar nanti aku tak papa kedana di akhirat kelak. Semoga sahaja amal ku yang lompong bisa ku tampal semula. Semoga sahaja perancangan aku dan dia bertemu dengan perancangan Allah kerana hubungan ini mencari redhaNya. Semoga sahaja aku mampu menjadi ummi yang mampu memperlihatkan betapa besarnya Islam itu pada putra putri ku.....Aamiiin

Ummi Dayana...




No comments:

Post a Comment

Tq for reading