My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely
Showing posts with label Mencari Allah. Show all posts
Showing posts with label Mencari Allah. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Suratan atau Kebetulan....



Bismillah...

Biar sesakit apa yang dugaan menguji
Jangan lari dari Ilahi
Biarlah untaian airmata mengalir bagai hujan
Usah disapu agar ia damai seketika
Saat kita menghitung betapa sedih dan pilunya hidup kita
Pernahkah terdetik menghitung penderitaan diluar sana
Tatkala airmata tiada untuk disapu
Tandus kering bagai gurun padang pasir
Tetaplah kuat menghadap ujian mu
Tekadkan langkah walau kaki amat berat
Jangan dihitung betapa kau derita
Renungkan mereka yang dasyat jalanannya
Senyumlah tatkala bagai tiada jalan bagimu
Hadapi dugaan dengan redha
Bilamana kaki mu tak mampu melangkah lagi
Sujudlah pada Pencipta
Merangkaklah walau dalam terpaksa
Perlu kau ingat bahawa kau tidak sendiri
Kerana Allah sangat dekat dengan mu
Tetaplah berdiri mencari  jalan Ilahi
Kerna itu bahagia hakiki


Bait kata ku tak seindah purnama tak scantik bahasa puisi. Sekadar menarikan jemari di keyboard melakarkan apa yang ada di minda hati. Suratan atau Kebetulan???? Suratan adakalanya datang saat tak dijangka dan sangkakan tapi sebagai seorang manusia whether you like it or not, you have to accept it as a fate.  Menerima sesuatu yag sakit itu ibarat menelan sebiji ubat yang teramat pahit tapi effectnya kita akan jadi lebih sihat begitu juga takdir.  Nanti ada yang cakap “memang lah senang je kau bercakap, kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak duduk kat tempat aku”. Tapi kita mungkin lupa pada saat kita menerimanya dengan redha dan sabar InsyaAllah manisnya akan tiba jua.  Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar jadi bukan satu kerugian pun jika kita sentiasa meletakkan sabar itu di tempat yang tertinggi. Sebab itulah sahabat yang selalu menegur ni penting walau kadang kala tegurannya sakit nak kau dengar dan terima. Tapi kau perlu tahu itu tanda sahabat yang sayangkan sahabatnya.

"wahai orang yang beriman!mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh Allah bersama dengan orang-orang yang sabar" 1:153

Kalau memang dah tak mampu atau tak tertanggung kolam airmata yang sarat itu, biarkanlah ia mengalir.  Menangis bukanlah bermakna kita lemah tapi ianya satu fitrah untuk apa ianya dicipta kalau bukan untuk dialirkan. Percayalah pada saat ia keluar kita akan rasa sangat lega…. Cubalah aku pernah buat benda ni dulu. Meraung sepuas-puasnya….

Adoii kenapalah aku membebel pasal airmata plak ni. Ok ok sambung… coretan ini sebenarnya untuk memulihkan semangat aku jua. Sebab kadangkala (seringkali sebenarnya) diri ini pun tersenyum di sebalik lakonan yang tak perlukan pengarah, skrip, dan dialong pun. Just smile as big as you can. Smile smile smile…. Hidup terlalu singkat untuk berduka sedangkan banyak benda nak kena repair.. Tak semua impian  kita akan tercapai kadang-kadang sesuatu yang Dia kurniakan bukan dengan sekelip mata kita akan dapat.Satu kebetulan jika ianya mampu kita raih dalam sekelip mata, anggaplah ia satu rezeki yang Dia anugerahkan.

Pernah dengar dan selalu dengar kan “kalau nak hati seseorang manusia itu, kita kenalah perbaiki diri kita dengan mencintai pemilik hati manusia itu”. Kerana apa????  Sebab Allah akan hadirkan seseorang yang Dia cintai untuk kamu bukan yang kamu cintai”. Sabar dan redhalah andai dia bukan yang tersurat  untuk bersamamu ,nanti  akan insan yang terbaik.Kita berhak untuk memilih apa yang kita mahu tapi kadangkala kita sering  tersilap percaturan maka untuk itu  sediakan ruang seluas mungkin untuk redha, tebarkan selebar-lebarnya keikhlasan dengan suratan dan takdir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bila datangnya ujian sebegini,bersedialah untuk menjadi manusia yang redha. Redha tak akan datang sendiri tapi ia perlu dicari bukan dengan hanya berduka dan meratap pada yang telah hilang..

Kita mungkin hanya mampu memberi coretan nasihat, tapi diri yang menanggung harus lebih tabah dan kuat. Tetaplah tersenyum  akan kamu tak punya apa-apa masalah yang harus digalas. Masih banyak isu yang sewajarnya menjadi  keutamaan kita. Penderitaan kita ni kadangkala setitik sahaja..

"Kita minta apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu"

"Love the love you have",cintai sepenuh hati apa yang kamu ada sebelum mencari yang belum pasti  InsyaAllah bahagia menanti di hujung sana.Yang berlalu kita jadikan satu pengajaran dan pengalaman untuk kita menjadi seorang hamba yang lebih baik dari semalam..

"In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning".

Cetusan rasa ini bukanlah bermakna diri ini tersangat bagus malah teramat jauh dari bagus pun. Cuma ianya sekadar perkongsian untuk kita sama-sama rasa manisnya menuju jalan Allah…..

Ummi Dayana




Saturday, December 28, 2013

Mencari Allah.....


Bismillah....
Untuk entry sesaja kali ini, ummi ambil foto yang diupload oleh seorang rakan fb. Membaca nya buat ummi memang patut hantuk kepala berjuta2 kali. Kenapa??? Betullah kan kena hantuk kepala. Masa sekolah , kat kolej, sanggup baca buku tebal2 sebab nak lulus exam je. Tapi Ya Allah....Al Quran yang tak la berapa nak tebal berbanding dengan buku medical surgical ummi dulu ni ummi tak abis baca pun tafsirannya. Malunya malu pada Allah. Mana nak sorok muka sebab yang dilangit dan dibumi ni semua Allah punya. Al Quran yang akan berikan cahaya masa kat kubur dan akan jadi penyelamat dunia akhirat ni tak dibaca, dibiarkan berhabuk atas or dalam almari or laci...Adoihaiiiii manusia kenapa la jadi macam haiwan.???? 

Alhamdulillah....
Allah utuskan jiwa2 yang sangat murni yang mana menjentik halus nurani ummi, menurunkan hijab ego, membuka mata hati untuk mencari jalan pulang yang selama ini tak nampak sebab FIRAUN ada kat hati. Hehehehhe....Firaun rupa nya diri kerdil ini sebab rasa bagus sangat sampai tak baca tafsir Al Quran. Sekarang azam setiap kali diberikan peluang untuk membuka mata dan bernafas adalah MEMBACA TAFSIR AL QURAN dan memahaminya agar tak jadi FIRAUN sekali lagi. Ibarat kata Saiful Nang "kalau dah gerak2 manja tak nak juga bangun, dah sampai masanya kena PIJAK PERUT bagi terjaga". Kalau adinda Al Fadzil Shauqi "kompang lagu merdu untuk mengocak jiwa"...Bagi adindanJuraidah pula katanya, "alunkan je lagu rock biar goyang skit kerusi firaun tu"...Kalau semua tu tak jalan gak maknanya memang minta DIPALU oleh Ayahanda Dr Masjuki la kan....

InsyaAllah...
Akan ummi teruskan jalan ini kerana inilah jalan kebahagiaan dunia akhirat. Inilah jalan kebaikan jalan syurga. Kalau dengan Allah pun ada rasa bongkak (tak ikut apa yang Allah suruh tu bongkak la kan), maka jangan duduk kat jajahan kepunyaan Allah. Mana nak pergi??? Lu fikir sendiri lahhh....

Ummi Dayana

Thursday, December 19, 2013

Love.....??????


I love you because i need you or i need you because i love you......cuba pejamkan mata dan lafazkan kedua2 ayat ini berulang kali. Adakah bertemu dengan dengan jawapannya? Adakah dapat merasakan perbezaannya? Kalau masih gagal, cuba lagi dan cuba sampai ketemu. Bagi aku perbezaan keduanya amat ketara sekali. Sangat jauh maksudnya. I need you because I love you jauh lebih murni dan ikhlas.

Bukankah sewajarnya begitu cinta kita kepada Allah? Kita perlukan Allah kerana kita mencintai Allah. Jangan kita mencintai Allah hanya saat kita memerlukan pertolongan Allah. Itu cinta palsu. Pada ketika Allah memenuhi keperluan kita, cinta kita pudar dan berpaling.

Aku adalah manusia yg ketika dilanda masalah, sempit, gagal, sakit, susah dan miskin, merayu dan merintih pada Allah. Zalimnya diriku... Ketika sempit menghimpit, aku memperkemaskan ibadah dan akhlak. Lama waktu solat dan panjang pula doaku. Tapi bila kelapangan menjelma, aku kembali lalai, kufur dan derhaka pada Allah. Aku perlukan Allah pada saat-saat tersepit sahaja. Bila senang menjelma, aku pinggirkan Allah. Apakah ini cinta ku pada Allah????

Rapuhnya ibadah aku yang mencintai Allah saat terdesak. Setelah Allah memberi apa yang aku pinta, aku menjadi alpa. Bila Allah lambat memberikan pada ku, maka akurasa kecewa, marah dan putus asa. Maka mulalah nafsu membisikkan kata hina. Hai terasuk dan bertanya "mengapa Allah tak perkenankan doaku? mengapa dah buat baik pun masih macam ni? Itulah aku pencinta yang ego. Yang hanya mencinta waktu susah lalai waktu mudah. Ya Allah zalimnya aku...

Aku ibaratkan keperluan ku kepada Allah bagaikan lampu Aladin. Digosok dikilatkan hanya bila aku perlukan pertolongan. Aku tak mahu begitu lagi. Aku ingin menjadi hamba yang benar mencari Allah pada bila2 masa pun.. Aku ingin mencintai Allah kerana memang aku mencintai Allah bukan kerana mencintai diri sendiri sahaja. Aku yakin bila aku hanya ingin mencari redha Allah maka Allah akan berada sentiasa di hati di nafas ku. Itu cinta tanpa syarat...

Itu baru cinta sejati. Cinta luhur yang menafikan kepentingan sendiri. Masalahnya dari dahulu sehingga sekarang bukan tidak ada Tuhan tetapi terlalu banyak "berhala" yang dibuatkan hingga menyebabkan aku keliru dan buntu. Di mana sahaja ada "berhala" yang menarik nafsu hingga panggilan Allah dilupakan diabaikan. Sukar membuat pilihan kerana nafsu merajai fikiran dan hati. Jadi kena bebaskan hati dari nafsu. Nafsu perlu dijinakkan dahulu. Tak mudah tetapi jika tekad dan azam sudah ada, hanya perlu ambil langkah mula.

Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”
Ya Allah cukuplah cinta Mu...

Ummi Dayana