My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Friday, December 13, 2013

A Nite at El Zahraa Hotel Sungai Petani-Part 1

Bismillah....
Hari ni ummi, princess n prince pergi Sungai Petani Kedah sebab esok 14/12/2013 ummi ada kursus bina laman web untuk bisnes kat SP. Awal pagi budak comel dua ni dah bangun semata takut kena tinggal. Tapi memang nak bawa pun sebab cuti sekolah tak g mana@. Princess je hari tu ikut tok cho dia g Fraser Hill. Siap seawall subuh, everything cek ok. Anak2 bulus si mimi, muffin, snoopy n sneaky pun ummi dah masukkan dalam rumah khas sebab takut nanti ada pula yang aniaya dorang. Sabar ye anak2 bulus, isnin ummi, kakak n abang balik tau. Makanan n minuman memang dah letak. Dah bayar kat sorang budak tu (kawan kakak) minta dia tolong tengok2 kan.

 
Ni dok tunggu bus pagi tadi. Adik muka memang mengantuk. Kakak dengan beg cengkerang dialah. Segala macam food ada dalam cengkerang tu...
 
 
Sampai stesen bus Kuala Kangsar memang just nice la. Ada sedikit masa untuk dua ni g toilet n beli itu ini. Bus sepatutnya 1100am tapi dah lewat. So 1130am aku pergilah Tanya...Fuuhhh!!! Memang kurang ajar kau ye duhai kerani tiket. Kita Tanya elok2 kau boleh cakap "biasa lah lambat. Nak cepat naik kereta sendiri lah." Nasib kau memang baik lah kan sebab hati aku ni dah kurang kefiraunannya. kalau tak memang kau dah kena semburlah dengan aku. Bas sampai semua penumpang berpusu naik. Ok fine.... Anak dara naik dulu sebab ummi nak simpan bagasi kat bawah. Bila ummi naik, pelik gak la kenapa anak dara tak duduk even dah bagi tahu dia seat nombor berapa. Sampai kat seat tu tengok anak2 dara pakai jubbah labuh selamba je duduk. Aku tunjuk tiket n cakap "sorry dik ni seat akak n kids. Tolong bangun n seat kat u punya seat".. Harapkan pakai jubbah tudung labuh ko buat pekak badak plak. Pastu cakap duduk je kat mana2. Ewah ewah ewah....Kalau aku nak duduk kat mana2 tak payah la tulis nombor seat. Semua seat full tinggal satu2 n separate jauh anatara satu seat another seat. Aku bengang dah. Mula cari kerani tiket tu. Bleh plak dia pun jerit2 cakap duduk je kat mana2, bas dah lambat n ini bas lain. That is it!!!! Firaun dah muncul... Memula cakap sinis je... "Kalau aku sorang tak kisah pun nak duk mana. Hatta sebelah driver pun boleh. Ni ada anak2 kecil ok. Dan kalau free seat tak payah la ko type no seat kat tiket". Then terasa agaknya bleh plak dia cakap"kejaplah saya tukar kan" Pastu ko membebel macam2 ko ingat aku tak dengar. Dan memang dapat cukup2 lah dari aku. Sampai driver bas terpaksa ikut campur. Dan bila semua tak nak tukar seat aku dah dial HQ kau, bagi kau cakap dengan customer care kau baru kau nak arahkan customer lain bagi aku seat. Kau ingat aku siapa???? Perempuan kampong bodoh2 alang??? Kau silap orang babe. Sebelum aku naik bas kau, aku dah ambil nombor HQ kau....Then baru nak say sorry kan...Huuh!!! REally tak smooth atas bas..... Lama tak naik bus jalan jauh, ummi rasa pening. Kakak tido. Adik asyik tengok luar je. Suka dia tengok permandangan.....Wow!!! Lain giler stesen bas SP ni. Besar n nice....Taxi dah siap ada untuk bawa aku g El Zahraa Hotel...Baik pemandu taxi ni. Siap bg tau kat mana ada food n macam2. Nama pemandu ni Uncle Sam (Memang rekomen dia lah kalau ada yang nak guna taxi kat SP. Nanti aku bg no uncle taxi ni kat bawah).
 
 
Main Entrance El Zahraa..Cantik..

El Zahraa Hotel...
 
 
Uncle Sam bawa masuk bagasi sampai kat kaunter check in. Melangkah masuk je dah dengan aluan selawat ke atas Rasul s.a.w. Nabi Junjungan kita. Alhamdulillah leganya dengar. Damai n tenang je bila masuk. Memang islamik la hotel ni. Daftar masuk memang mudah sebab dah call earlier. Ariff staff yang terima booking kerja malam. So kawan dia yang daftarkan tadi. Memang peramah n sopan. Walaupun aku bahasakan diri akak tapi dia tetap panggil Puan...Bilik tingkat atas. Fuuuhh...Gayat aku tengok tangga ni. Sampai bilik je memang best..Terbaekkkk!!! Anak2 cakap. Mandi solat...tetiba kepala ummi rasa berat. Badan rasa panas. Alamak... DEMAM....Spinning....G lobi tanya kat mana kedai makan terdekat. Tetiba....
 
Staff El Zahraa:Muka Puan merah
Adik:ummi kita demam. Kita tak makan lagI
Staff El Zahraa:Oooo tak pe...biar saya tolong belikan. Nasi ayam boleh?
Ummi:Boleh je dik. Air tak kisah la. Any Juice
Staff El Zahraa: Nanti saya hantar kat bilik Puan.
Ummi: Tq dik..
Kaunter Staff: Puan..ada panadol soluble ni. Makan la dulu
Ummi:Tq..Senyum n naik rest...
 
 
Hmmmm baik betul bebudak ni...Sesuatu yang tak dijangka lah kan dari staff hotel bajet.
Food dah sampai. Staff tu minta duit utk nasi ayam je. Juice dia kata sedekah utk budak comel. Lepas asar, another staff dating cakap pindah bilik kat bawah sebab aku tak sihat n senang kalau nak panggil staff (dalam bilik ada intercom). Alhamdulillah....Pindah bilik....
 
Plan lepas maghrib nak keluar cari diner. Just nice lepas abis solat, ada orang ketuk pintu. Intai punya intak Nampak staff hotel. Dia bawak iron n iron board. Baru nak minta nanti. Pastu dia bagi bungkusan..Erkkk ada mee goring dua bungkus, bubur ayam n sup panas. Pastu ada panadol aktifast n air. Then ada kek untuk breakfast esok...Hati bisik "mana ada aku order or minta belikan". Agaknya dia boleh baca aku kot... "yang ni compliment dari someone untuk Puan n kids. Jangan risau sedekah kerana Allah"...Alhamdulillah makanan lagi...Pemurah Allah pada anak2 aku dan diri ku... Tapi ummi memang tak boleh melepek je ni. Kang esok langsung tak bleh jalan. So nak keluar jugak sekejap jenjalan.. "Puan, kalau ada apa2 call je pihak hotel." Isk baik betul dorang ni. Aku pelik plak. Wow!!! Macam2 ada kat keliling hotel ni. Banyak kedai pakaian, restoren, ada Tesco, Village Mall....Pusing2 bagi berpeluh je...
 
Mari layan gambar sikit.....
 
Budak ni dah landing atas katil once sampai. Layan tv kejap katanya sambil tunggu adik mandi yang macam putri gunung ledang...

Ni almari pakaian yang besaw gedabak. Budak dua ni bleh main sembunyi2

Flat screen tv ok. Tak ada ASTRO tp bukan nk tgk sgt pun.

Mai secawan....Radix hokeyyy

Alhamdulillah...Banyak hotel yang aku pergi..tak kira la ternama ke bajet ke, memang tak ada sejadah apatah lagi al quran n telekung.

Suka tengok hiasan tu. Simple but menarik

Our katil untuk satu malam

Hiasan kat kepala katil..Islamic

Pintu toilet/bilik mandi

 Bilik mandi..Nice..

I loike...sebab air tak melimpah keluar. Dan sebab ni lah anak teruna ni suka mandi lelama kalah puteri gunung ledang tau...

Village Mall..Jenjalan keluarkan peluh

Snap snap snap

Tesco kat belakang tu...

Yeaaaa...

Datanglah ke sini hahhaha

Naik n naik atas

Mari pusing sampai pening

Depan Village Mall

Lagi dan lagi

Peace....

Penat...Balik bilik rehat

 Hiasan kat laluan luar bilik
 
Our room 106

Masuk bilik....
 
 
Orait...Part 1 selesai...ummi tak ambil banyak foto sebab keadaan kepala tak mengizinkan. Tapi serius memang Hotel El Zahraa ni BAGUS!!!!.... Kalau dating Sungai Petani menginaplah kat sini. Staff peramah...Servis terbaekk... Keliling semua ada...dari kedai makan shopping komplek hingga ke bank.....
 
 
Ni Alamat Hotel El Zahraa...
No 75 &76 Jalan Lagenda 1
Lagenda Height
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel:+604-424 0653
FX:+604-424 0943
 
No Uncle Sam Taxi : +6019-567 0222
 
Ummi Dayana....




No comments:

Post a Comment

Tq for reading