My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Thursday, December 19, 2013

Love.....??????


I love you because i need you or i need you because i love you......cuba pejamkan mata dan lafazkan kedua2 ayat ini berulang kali. Adakah bertemu dengan dengan jawapannya? Adakah dapat merasakan perbezaannya? Kalau masih gagal, cuba lagi dan cuba sampai ketemu. Bagi aku perbezaan keduanya amat ketara sekali. Sangat jauh maksudnya. I need you because I love you jauh lebih murni dan ikhlas.

Bukankah sewajarnya begitu cinta kita kepada Allah? Kita perlukan Allah kerana kita mencintai Allah. Jangan kita mencintai Allah hanya saat kita memerlukan pertolongan Allah. Itu cinta palsu. Pada ketika Allah memenuhi keperluan kita, cinta kita pudar dan berpaling.

Aku adalah manusia yg ketika dilanda masalah, sempit, gagal, sakit, susah dan miskin, merayu dan merintih pada Allah. Zalimnya diriku... Ketika sempit menghimpit, aku memperkemaskan ibadah dan akhlak. Lama waktu solat dan panjang pula doaku. Tapi bila kelapangan menjelma, aku kembali lalai, kufur dan derhaka pada Allah. Aku perlukan Allah pada saat-saat tersepit sahaja. Bila senang menjelma, aku pinggirkan Allah. Apakah ini cinta ku pada Allah????

Rapuhnya ibadah aku yang mencintai Allah saat terdesak. Setelah Allah memberi apa yang aku pinta, aku menjadi alpa. Bila Allah lambat memberikan pada ku, maka akurasa kecewa, marah dan putus asa. Maka mulalah nafsu membisikkan kata hina. Hai terasuk dan bertanya "mengapa Allah tak perkenankan doaku? mengapa dah buat baik pun masih macam ni? Itulah aku pencinta yang ego. Yang hanya mencinta waktu susah lalai waktu mudah. Ya Allah zalimnya aku...

Aku ibaratkan keperluan ku kepada Allah bagaikan lampu Aladin. Digosok dikilatkan hanya bila aku perlukan pertolongan. Aku tak mahu begitu lagi. Aku ingin menjadi hamba yang benar mencari Allah pada bila2 masa pun.. Aku ingin mencintai Allah kerana memang aku mencintai Allah bukan kerana mencintai diri sendiri sahaja. Aku yakin bila aku hanya ingin mencari redha Allah maka Allah akan berada sentiasa di hati di nafas ku. Itu cinta tanpa syarat...

Itu baru cinta sejati. Cinta luhur yang menafikan kepentingan sendiri. Masalahnya dari dahulu sehingga sekarang bukan tidak ada Tuhan tetapi terlalu banyak "berhala" yang dibuatkan hingga menyebabkan aku keliru dan buntu. Di mana sahaja ada "berhala" yang menarik nafsu hingga panggilan Allah dilupakan diabaikan. Sukar membuat pilihan kerana nafsu merajai fikiran dan hati. Jadi kena bebaskan hati dari nafsu. Nafsu perlu dijinakkan dahulu. Tak mudah tetapi jika tekad dan azam sudah ada, hanya perlu ambil langkah mula.

Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”
Ya Allah cukuplah cinta Mu...

Ummi Dayana

No comments:

Post a Comment

Tq for reading