My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

20 Tahun atas Izin Allah

Bismillah...
Assalamualaikum...
Entry sekali ini ummi nak kongsikan kegembiraan, kebahagiaan, keterujaan, kesyukuran atas izin dan rahmat Allah, ummi dipertemukan semula dengan teman-teman alam persekolahan setelah 20 tahun terpisah. Ya Allah rasa sangat happy sangat syukur...20 tahun satu jangkamasa yang sangat panjang. Pelbagai perubahan pelbagai pengalaman diharungi namun persahabatan tetap utuh di hati kami..Pelbagai kenangan berputar ligat di minda kenangan..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Kami yang memang gegila...Kalau dah jumpa macam nie lah...

Aksi manja lepas 20 tahun hahahhah

Nikmat kasih sayang yang mana nak didustai....

Teman yang dibuli sejak kecil....

Hahahahahaha when mummy n daddy vouge bertemu...Gegila
 
Adoiiii depan mata dok wasap ni....

Budak dua yang comel ni memang selalu menemani ummi

Relak Melor relak..kita dua tahu kita memang vouge

When the funnier met the vouge...maka jadi lah havoc

InsyaAllah akan bertemu lagi

Memang jadi rebutan dia nih

Love u olls......

Thursday, January 30, 2014

Sahabat...Demi Allah Aku sayang Kalian Semua..

Kelas 3 Amanah 1994
Sham..Fuad..Ucin..Zaini..Cikgu Ali..Ira..Zana..Siha..Kak Ju
Ura..Ju NR..Mizah..Zalina..Ain..Me..Lini..Zubaidah K..Cik Na
Mirul..Asri..Wan..(...)..Man AP..Wady..Aloy,,Ali..Pa-u..Ijam..Shahril..Ayut..Busman

Kelas 3 Dedikasi 1994
Maaflah kalau gagal menulis nama kalian...
Fairul..Yan..Faezah..Aida..Melor..Zila..Aibak..Aishah..Anum

Seorang sahabat....
Akan menerima sahabatnya seadanya
Benci tiada tapi kasih ada
Cacian dan umpatan tidak pernah dilakukan
Dalam hatinya sentiasa bersangka baik terhadap sahabatnya
Emas baginya persahabatan adalah lebih bernilai daripada emas
Fantasi dan cita cita sahabat miliknya (berusaha membantu sahabatnya)
Gagah mempertahankan sahabatnya
Harapannya hanyalah supaya sahabatnya gembira dan bahagia
Ingatlah Allah sentiasa itu yang sering diucapkan
Jauhi kemungkaran, dia sentiasa mengingatkan sahabatnya
Keikhlasan menjadi perhiasannya
Lambat?? Tidak sekali kali. Dia sentiasa tepat pada waktu
Marah?? Dia hanya marah apabila sahabatnya melanggar perintah Allah
Niatnya sentiasa baik
Omongan kosong tidak diucapkan untuk sahabatnya
Pertelingkahan tidak pernah menjadi harapanya
Quran..dia sentiasa mengingatkan sahabatnya untuk membaca
Ramah sentiasa
Senyum selalu
Tawa bersama
Usia yang meningkat tidak memudarkan persahabatannya
VIP..baginya sahabatnya adala VIPnya
Walau apa keadaan sahabatnya dia tetap ikhlas
X-ray tampak jelas dia tulus menerima sahabatnya
Yakin...dia sentiasa yakin dengan kebolehan sahabatnya
Ziarah selalu menjadi impiannya agar persahabatan berterusan...


Saturday, December 28, 2013

Apa Khabar Mu Sahabat....

Bismillah....
Tetiba teringat plak kat sahabat ummi yang sorang ni. Apa khabar agaknya dia? Dah lama sangat kami tak bertanya khabar tapi dia adalah antara sahabat yang selalu ummi doakan. Semoga sahaja Allah merahmatinya selalu . He is a great sahabat. Selalu menasihati dan memberikan semangat. Kala rebah dialah yang memaksa untuk bangun semula dan jangan mengalah....

My Best Friend..Md Faisal aka Jepun Gayong

Kalau dengan dia ni sekali sekala tak terkena usikan nya memang taksah. Ada saja kita akan menjadi bahan gelak dia. Tapi dalam gurauannya, dia membuatkan sahabat kelilingnya ketawa namun hati dia sebenarnya juga menyimpan jutaan rasa. Rasa yang kadangkala tak mampu untuk dia ungkapkan. Ada rindu yang selalu mengalun jiwanya membelai hati seorang papa. Semoga sahaja sinar bahagia buat mu sahabat akan selalu ada. Biar wajah mu dihiasi senyuman namun kutahu hati mu teramat rindu pada permata hati yang terpaksa kau tinggalkan jauh.... Biar kita tak lagi bertukar kata kerana kekangan masa keterbatasan waktu, namun kau tetap sahabat terbaik ku....

Ummi Dayana.....