This is my life blog about me, my Little Princess and My Little Prince. It also about people that I love and people who stay in my memory.
My Little Coven
Lovely Dovely
Showing posts with label Keinsafan. Show all posts
Showing posts with label Keinsafan. Show all posts
Sunday, December 29, 2013
Kayakah kita??????
Bismillah....
Usai menyelesaikan semua kerja rumah termasuk memasak untuk lunch, baca email jap then buka fb. Terpandang foto ni yg diupload oleh seorang rakan fb. Terlintas terus di benak yang membuatkan hati ini menjadi sayu. "KALAU DAH MISKIN TAK PAYAH NAK SEKOLAH TINGGI"... Ayat ini pernah dilemparkan untuk aku sendiri. Andai sahaja waktu itu aku mengakui kata2 itu pastinya aku tak berusaha untuk mencari wang demi ilmu. Mudahnya orang yang melafazkan kata2 itu kan. Agak2nya pernah tak kita sendiri lafazkan pada orang lain yang kurang kemampuan tatkala kita kaya raya punya segalanya?? Fikirkan apa natijahnya kata2 itu kepada anak kecil andai jiwanya tak cukup kuat untuk FIGHT BACK... Miskin atau kaya, setiap manusia wajar diberikan peluang untuk menuntut ilmu. Allah sendiri pun tidak memilih kasih sayang. Kita hambaNya je yang bangang...
Bila aku jadi nurse, aku pernah dengan orang cakap "KALAU DAH ATHU TAK ADA DUIT JANGANLAH SAKIT".. Weiii hello hello hello.....korang ingat sakit tu suka2 ke orang nak minta??? Tadah tangan pastu cakap "Ya Allah bagilah aku kanser tahap 4".. Ada ke? Ada ke? Orang yang cakap macam tu pada orang yang sakit yang kurang kemampuan bayar bil tu bagi aku memang wajar kena pijak perut. Kalau diberi pilihan dia pun tak nak sakit. Dia pun nak sihat sepanjang waktu.
Sila beringat...saat ini mungkin dia miskin...anak2 pergi sekolah pakai baju compang camping koyak tampala sana sini. Suatu waktu anak2 itulah yang paling berjaya sebab dia perlu berusaha keras untuk berjaya. Sedangkan anak2 kita yang biasa kita mewah kan hanya penyusah kita waktu tua. Hati ini mungkin si miskin sakit melarat. Siapa tahu suatu waktu kita yang sakit tak bangun2...Jangan mudah melafazkan kata2 yang mengguris hati si miskin kedana. Siapa tahu doanya lebih murni dari kita....
Semoga aku bukanlah golongan yang merendahkan orang lain tatkala aku punya segalanya....
Ummi Dayana...
Saturday, December 21, 2013
Syukur....
Bismillah....
Assalamualaikum...
Kenapa ye ummi memilih tahuk ini?? Hhmmmm semua sebab memerhatikan sepasang putra putri mulai membasuh bag sekolah yg lepas, mengutip kasut sekolah, mengumpul alat tulis yang masih boleh dipakai lagi untuk sesi persekolahan akan datang. Bila diberitahu bahawa masih sempat untuk ummi belikan yang baru, anak lelaki yang akan memasuki tahun satu berkata "tak apa dia tak perlukan yang baru sebab bukan bag nak pergi sekolah tuntut ilmu". Alhamdulillah..Selama ini ummi selalu pesan selagi barang yang kita boleh guna tu masih boleh digunakan maka gunakanlah sampai habis sampai tak boleh pakai lagi. Ummi selalu pesan pada putra putri ini bahawa masih ada yang kat luar sana yang tak bernasib baik. tak ada apa yang kita ada. Walaupun kita kurang tapi masih ramai lagi yang kurang dari kita. So kena syukur selalu jangan mengeluh. Bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.
Sekiranya kita bersyukur dengan kawan yang ada, harta benda yang ada, kita akan mendapat lebih ramai kawan yang baik dan mendatangkan kebaikan. Malah kita selalu dihantar kan oleh Allah jiwa-jiwa yang tulus membantu dan mengasihi kita
Orang yang selalu merungut itu tak ada, itu tak ada akan mendapati bahawa minda mereka hanya nampak benda yang mereka tiada, maka rungutan mereka akan bertambah kerana senarai benda yang mereka tidak ada akan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya. Hidup orang-orang seperti ini pun akan selalu tak happy tak bahagia..Asyik rasa dia je yang menderita. Dia je yang tak ada.
Rungutan ini membuka pintu bisikan syaitan. Bermula dengan mainan minda dan dicampuri dengan perasaan dengki dan cemburu yang akhirnya timbul perasaan dendam kerana asyik membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mereka akan sentiasa dalam keadaan kecewa, menangguhkan kegembiraan mereka selagi benda yang dihajat tidak berada di tangan.
Bersyukurlah pada apa yang ada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Dan bersyukur juga dengan apa yang tak ada. Allah lebih tahu apa yang tersembunyi. Yang tiada itu mungkin lebih baik tiada di tangan kita.
Usah merungut pada apa yang tiada, sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, Sebaliknya fokuskan segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan. Kalau masih tak dapat juga jangan lah berputus asa.
Ketenangan sebenar dan nikmatnya hanya boleh dirasai sekiranya kita tahu bersyukur. Fokuslah pada apa yang ada, Dah tentu itu tidak meletihkan kerana senarai itu terhad berbanding dengan apa yang kita tiada kerana senarai itu adalah infiniti tiada kesudahan.
Hargailah sesuatu waktu yang ada, agar anda tidak menyesal apabila ia sudah tiada. Hargailah masa-masa ketiadaan kerana suatu masa ia akan menjadi masa keberadaan...
Alhamdulillah..Sayang anak-anak ummi Nur 'Aisyah Insyirah & Muhamad Afiq Haqimi...
Ummi Dayana

Thursday, December 12, 2013
Kembara Kasih Tanpa Sempadan...Part 1
My New Big Families... Rumah Pengasih Warga Prihatin
Bismillah. .
Buat keluarga yang dikasihi. .
20-11-2013 @ 1500H
Detik ini sudah
tertulis oleh Pencipta semesta. Tiap sesuatu tak akan ada yang mampu menghalang
atau mengelak melainkan dengan izinNya. Musibah ini menguji sejauh mana
pengharapan aku pada Pencipta, keyakinan aku pada syahadah yang aku lafazkan.
Melihat musibah ini dari sudut ego seorang manusia pasti saja aku berkata
"mengapa aku? Tak cukupkah lagi dengan bebanan yang aku galas?".
Tetapi bila aku melihat musibah ini sebagai didikan Allah, teguran cintaNya,
hati lantas berbisik "betapa Allah mencintaiku". Alhamdulillah aku
dan keluarga adalah insan terpilih itu. Maka senyuman syukur terukir. Tak
mengapalah ini hanya sedikit. Bohong kalau aku tidak menangis dengan musibah
ini kerana aku cuma manusia. Bagaimana harus aku lakukan sendiri? Ketabahan itu
bagai sukar bila melihat insan2 yang aku kasihi menjalani kesukaran ini. Saat
musibah datang hanya doa yang diperlukan. Hanya suara yang berbisik
"semuanya akan ok. Allah kan ada". Itu ayat yang sering aku bisikkan
pada diri sendiri setiap kali kesukaran aku temui. Manusia kan. . Sering ingat
Allah bila sukar menjelma. Ya Allah hinanya aku hambaMu. Ego sombong bongkaknya
aku. Meminta bila susah. Ambil mudah bila senang. . Musibah mendidik aku untuk
segera mencari jalan kembali. Sepenuh pengharapan aku serahkan. Allah Maha
Kuasa ke atas tiap sesuatu milikNya. Dia menggerakkan hati hambaNya kanda Azlin
untuk membantu sedaya mampunya. Perkhabaran musibah ini diberitahu pada
keluarga besar Tunas Prihatin dan seterusnya Warga Prihatin. Masih teringat
pesan ustaz ku "jangan berharap pada manusia kelak kamu kecewa". Aku
berharap Allah mengirimkan jiwa2 yang luhur. Alhamdulillah. Kasih sayang kanda
Azlin mencipta rantaian cinta yang sangat luas, sangat luhur. Satu persatu jiwa
ini digerakkan Allah. Perkhabaran gembira demi perkhabaran gembira diterima.
Doa yang tidak putus dari keluarga Tunas Prihatin dan Warga Prihatin
membisikkan semangat dari kejauhan. Seketika kemudian, kanda Ira menyusul.
Menyatakan hasrat keluarga besar untuk membuat kunjungan. Alhamdulillah. .
Tetapi saat mendengarkan jumlah jemaah yang bakal hadir, akal logik membuat
kiraan "di manakah mahu aku tempatkan ahli keluarga ini? Selesakah mereka
nanti? Dan pelbagai persoalan logik yang aku tiada jawapan". Tapi entah
mengapa hati membisikkan kata lalu dizahirkan "datanglah". . Tiada
paksaan, tiada yang memaksa, tiada yang terpaksa. Semuanya digerakkan dan
dibisikkan dengan rela. . Tarikh dan waktu diberikan sebagai janji yang hanya
Allah tahu. Menghitung hari menanti kedatangan keluarga besar ini bukan mudah.
Penuh debar. Sejujurnya demi Allah, tidak ada seorang pun yang pernah aku
kenali secara peribadi. Hanya sekadar coretan di blog dan facebook sebenarnya
tidak cukup untuk menilai. Tetapi kehendak Allah mengatasi segalanya. Tanpa
mengenali mahupun membuat nilaian, segalanya diatur dan dirancang. .
26-11-2013 @ 1130H
Kehadiran dinanti
setelah pengharapan diserahkan pada Allah agar melindungi jiwa2 yang penuh
cinta ini sepanjang perjalanan mereka menyusuri denai ukhwah, merentasi
sempadan jarak, memintas keterbatasan waktu demi mencari redha Allah dalam
kunjungan kasih sayang. Takdir Allah tertulis menemukan aku dengan jiwa2 yang
tidak aku kenali sebelum ini. Senyuman dan cinta terpancar. Saat mata
bertentangan, tangan bersentuhan salam disambut, hati terisi mengusir segala
rasa. Tulus suci wajah anak2 membayangkan putik yang sedang tumbuh dengan
subur. Doa memulakan segalanya. Satu persatu diperbetulkan. . Satu persatu
diusahakn dan hari ini Allah mendidik aku. .
1- Buah yang baik dan
berkualiti terhasil daripada pohon yang subur. Dan pohon ini segar kerana akar
yang kukuh dan sentiasa mencari yang benar
2- Keluarga bukan
hanya terwujud dengan adanya hubungan DNA.
3- Jemaah yang teguh
dikukuhkan oleh pemimpin yang telus dan pengasih
4- Keterbatasan
bukanlah pengakhiran untuk apa pun selagi kesanggupan itu ada
5- Setiap sesuatu
menjadi mudah dengan adanya jemaah yang bekerjasama dan saling mendokong satu
sama lain.
6- Perkongsian
kesusahan mendidik jiwa lebih tenang dan saling berkasih sayang
7- Meninggalkan ruang
keselesaan adalah permulaan mencari diri dalam mengenal Allah dan segalnya.
8- Berharaplah hanya
pada Allah kerna Dia yang menggerakkan segala sesuatu
9- Nikmat berkongsi
kesusahan jiwa lain adalah penunduk keegoan.
10- Tiada yang
mustahil bagi jiwa yang menyakini Rukun Iman ke-6. .
Buat semua keluarga
Tunas Prihatin dan Warga Prihatin, tiada bait kata yang mampu menggambarkan
cinta kalian. Tiada hadiah yang mampu menilai tulus murni jiwa kalian. Setiap
penat lelah jerit perih, malah setiap titisan peluh kalian adalah hitungan
janji dan saksi ketulusan kalian yang tidak minta dibalas dengan apa pun. Hanya
Allah yang mampu memberikan hitungan yang terbaik. Pengalaman bersama kalian
merupakan detik yang sangat manis. Bukti kekuasaan Allah menggerakkan jiwa
hambaNya tanpa ada sesuatu pun menghalangi. Nikmat Allah yang mana lagi mahu
didustai. Subahanallah. .
Buat kekanda dan
adinda terima kasih kerana membenarkan mata kasih menjadi saksi keikhlasan,
penghormatan dan cinta yang menjadi pohon rendang yang subur.
Buat anakanda2 terima
kasih kerana membiarkan jiwa ummi dijentik dengan didikan kesamarataan yang
menundukkan ego. .
Terima kasih dan
hanya Allah sebaik Pembela Pemberi dan Penjaga. Alhamdulillah kasih sayang
kalian tersemat kukuh di jiwa. Semoga diberikan kesempatan untuk kita
berkampung lagi. . Dengan rendah hati kasih memohon kemaafan andai terkurang
dalam layanan. Terlepas pandang wajah yang manis. Terlalai mengukirkan
senyuman. . Maafkanlah kasih. .maafkanlah jiwa yang rapuh yang masih mencari
jalan pulang. . Alhamdulillah. . — Abu Zafeerah, Ashraf, Saiful Nang, Juraidah, Norhaizad, Aroy, Mummy Intan, Irawanti, Mak Long Werda, Mak Bonda, Ustaz, Nazmi, Norhazidah, dan ramai lagi yg tak mampu mengingati dalam waktu yg amat singkat.
Ummi Dayana
Musibah yang Menginsafkan
Bismillah.....
Runtuhan bumbung di atas tempat pembaringan aku dan anak2
Runtuh...
20/11/2013 @ 1500hrs
Berpantang Ajal Sebelum Waktu....
Alhamdulillah...Aku putra putri nenek dan atok terselamat di dalam kejadian yang tak disangka. Tiada ribut, tiupan angina mahupun hujan, pokok rambutan dan durian tumbang lalu menghempap sebahagian besar daripada rumah tempat kami berteduh. Lebih tepat ianya merupakan tempat pembaringan aku dan anak2 siang dan malam. Seperti kebiasaannya pada waktu itu aku dan anak2 sepatutnya berada di ruang tamu berehat seketika sambil menonton tv. Tetapi entah mengapa mata sangat berat dan bada terasa sangat letih. Selepas meletakkan nenek di atas kerusi rodanya manakala atok pula keluar seketika, aku merebahkan badan di katil. Putri datang menyusul. Penat dan mengantuk katanya. Baru hendak memejamkan mata.... "ummi! Mari sekejap bacakan buku untuk adik". "Nanti sekejap lagi lah adik. Ummi penat sangat ni". "Sekarang adik kata sekarang jugak!". Putra mengamuk tiba2 sambil menghentak2kan kakinya. ok!! Ummi dah geram sebab dia tak pernah macam ni. Bangun dengan rasa malas diikuti oleh putriku. Seketika kemudian sewaktu kaki terjuntai dibirai katil.."Praakkkk!!! Praaaakkkk!!"... Aku mendengar bunyi dan beberapa helai daun hijau melayang masuk melalui lubang angina di bumbung. Ranting kayu bertaburan di atas atap menerbikkan bunyi. Menarik tangan putri lantas menolaknya ke pintu yang menghubungkan ruangan tengah dan ruang tamu. Berlari menolak kerusi roda nenek. sampai di pintu tengah, alang rumah yang menyokong sebahagian besar bumbung dan dindin rebah. Kayu jeriji dan atap zink jatuh tepat di tempat aku dan putri melepaskan lelah seketika tadi.
Ya Allah!!! Ya Allah!!!
Amukan putra yang meminta aku membacakan buku untuknya adalah penyelamat aku dan putri atas izin Allah. Tidak dapat aku gambarkan kemungkinan apa yang terjadi andai aku membiarkan sahaja amukan putra. Pasti sahaja jeriji rumah tertusuk tepat ke badan aku dan putri. Alang rumah menimpa terus ke kepala kami. Alhamdulillah tiada kecederaan teruk sekadar Lebam dan sedikit calar. Dan sedikit kelegaan jugak kerana semua kucing kesayang kami ditempatkan di dalam rumah khas sejak 2 hari lepas. Nauzubillah... Subahannallah... Maha Besar Allah. Aku mengambil musibah ini sebagai teguran Allah bahawa tiada apa yang mampu menghalang kuasaNya. Sesungguhnya hidup dan mati ku di tangan Allah. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah. Tetapi sehingga saat ini putri kelihatan trauma (masih lagi terutama bila hujan dan melihat pokok bergoyang). Tidurnya adakala masih terganggu. InsyaAllah semuanya akan baik saja...Bila Allah berkehendakkan sesuatu tiada yang menghalang kuasa Nya.
*dan sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi sejurus sebelum kejadian itu. Hanya 2 jam sebelum kejadian. Biarlah ianya aku simpan rapi di sanubari. Hanya Allah yang tahu*
ummi dayana
Subscribe to:
Posts (Atom)