My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Thursday, December 26, 2013

Bersangka Baik......

Bismillah…
Assalamualaikum…
  
Ini Cuma sekadar coretan dari hati ummi yang dalam pencarian sebuah kekuatan yang berterusan dalam meniti kehidupan menuju kematian.

Dari sekolah lagi ustaz selalu mengatakan bahawa kita kena selalu bersangka baik kepada apa pun keadaan kerana itu adalah satu cabang kesabaran.  Benarkah orang yang bersangka baik adalah orang yang sabar? Hhhhmmmm ….Jika difikir-fikirkan semula memang dekat sangat. Tak mudah tau untuk bersangka baik kerana ia melibatkan hati dan ia adalah proses mendidik hati yang berterusan tanpa ada nokhtah.  Aku tertarik dengan mesej yang pernah dihantar oleh sahabat baik ku kepada ku suatu waktu ketika aku benar-benar buntu. Ia adalah petikan kata-kata  Nabi Yaakob a.s…"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,.”.(Surah Yusuf;86)

Jika kita selalu bersangka baik dengan ALLAH maka kita juga akan sentiasa bersangka baik dengan manusia. Senyumlah ketika kamu ingin marah kerana itu akan mengawal kata-kata mu. Adakah aku selalu bersangka baik? Atau seringkali aku mencari alas an meletakkan kesalahan kesilapan atau apa saja bentuk penyebab kepada kegagalan.

Duhai diri yang hina lagi kerdil….

Kita seringkali berada dalam situasi ini. Lintasa pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif.  Kenapa berlaku begini..?. Apa salah diriku?. Pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih kerana itulah fitrah manusia. Namun seringkali berlebihan. Itu tak sepatutnya berlaku.  Sikit-sikit sudahlah kan…

Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH. Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa   ALLAH bersama dengannya. Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar -Rahim (Maha Pengasihani)? ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada  ALLAH.

Pergolakan jiwa, kemusnahan yang aku alami tiga tahun lalu benar banyak mengajar aku erti kembali. Dengan adanya sahabat yang selalu memberikan nasihat dan dorongan aku bangun mencari sesuatu yang aku biarkan. Sesuatu yang membuatkan aku rugi serugi-ruginya. Sedari itu aku banyak belajar bersabar dan bersangka baik. Lebih redha dengan apa yang berlaku.

Bercakap tentang bersangka baik ni kan, aku menikmati rasa itu sejak kemusnahan dan kehancuran rumahtangga. Satu persatu keindahan hadir. Bertemu dengan sahabat yang baik. Dihadirkan jiwa-jiwa suci dan murni penuh kasih sayang membantu terutama ketika bumbung rumah runtuh. Dan Allah juga hantarkan jiwa-jiwa murni sekali lagi membantu aku membereskan urusan permulaan persekolahan anak-anak. NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI MAHU AKU DUSTAKAN?? Ya Allah indah sungguh pemberian Mu untuk hamba Mu yang sering melalaikan diri…


Untuk jiwa-jiwa yang menghantarkan pemberian ini, ucapan terima kasih yang tak terhingga. Hanya ucapan Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan. Semoga Allah memberikan rahmatNya ke atas kalian. My kiddos are really happy. New bag bukan dalam agenda permulaan sekolah 2014 untuk mereka…. Terima kasih….Parcel ni saya terima via Skynet tengah hari tadi...


Ummi Dayana…..

No comments:

Post a Comment

Tq for reading