My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Monday, December 23, 2013

Nafkah Anak Perceraian-Tanggungjawab SIAPA?????

Bismillah.....
Assalamualaikum...
Coretat sekali ini agak sensitip sedikit sebab ianya berkaitan dengan tanggungjawab terutama yang MENGAKU ISLAM.....


Buat lelaki yang bergelar suami, ingat lagi tak lafaz sewaktu nikah?? Fahamkah kalian apa maksudnya "aku terima nikahnya.......?". Ok...tak mau ulas lanjut. Sendiri fahamlah ye...Dalam sebuah rumah, seorang suami itu bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak2. Walaupun isteri bekerja, ia bukan alasan untuk suami melepaskan diri daripada tanggungjawab menyediakan nafkah. Tak kira la gaji isteri besar daripada gaji suami, itu tanggungjawab yang wajib.

Dan bagaimana pula setelah berlakunya perceraian??? Suami/Bekas suami masih wajib memberikan nafkah sepanjang tempoh edah kecuali isteri yang diceraikan kerana nusyuz. Bukan setakat nafkah edah malah hak tempat tinggal juga wajib diberikan. Nafkah anak2 lagilah wajib kan kan.
Tapi ummi bukan nak story mory bab nafkah isteri, tapi nak talk tell pasal nafkah anak2.

Orang kata kita kena adil bila nak menilai kewajipan nafkah anak2 ni, kena ambil tahu beberapa perkara. Kena adil, janganlah kerana seorang isteri diceraikan suami, maka kita kesian kat isteri je...Kerana yang menilai tak tahu latar belakang sesebuah perceraian. Bagaimana pula kalau memang dah tahu??? Fikir-fikirkan sejenak....Nilai dengan mata hati.

Seorang bapa yang sangat mampu, wajib dia memberikan nafkah kepada anak2 tanpa perlu disuruh atau dikeluarkan perintah oleh mahkamah. Tak kiralah bekas isteri bekerja gaji bear atau memang tak bekerja. Sebab hubungan yang terputus hanya antara suami dan isteri tetapi hubungan anatara bapa dan ana2 sampai kiamat. Dan kalau lah anak itu perempuan, bapa adalah wali sewaktu pernikahannya nanti. Mana ada istilah bekas bapa atau bekas anak..Tapi memang ada yang buat macam itu. Disebabkan anak2 ikut ibu maka bapa nak balas dendam. Haaa kau tanggunglah sorang sebab anak2 nak ikut kau atau kau yang dapat hak jagaan kan kan....

Persoalannya...sampai bila sang bapa wajib memberikan nafkah kepada anak2?? Apa yang yang ummi tahu dan belajar selagi anak2 belum baligh, maka tanggungjawab nafkah tertanggung ke atas kepala bapanya dan waris lelaki sebelah bapanya. Tetapi bagi anak2 yang telah baligh, ada beberapa keadaan yang perlu dilihat.

Jika anak2 dah mampu berdikari (ada ekrja ada pendapatan), maka tak wajib dah bapanya berikan nafkah. Nak bagi pun tak apa kan, lagi2 kalau bapa dah memang kaya raya. Perihal anak perempuan pula, apabila dah bersuami maka gugurlah tanggungjawab tersebut dan beralih pula ke atas kepala suaminya. Bagi anak2 yang berharta (walaupun belum baligh), maka memang tak wajib lah bapa bagi. Eh eh jap...anak2 ada harta?? Macamana pula ye?? Manalah tahu kan kan, datuk kepada anak itu kaya raya, wariskan harta ke anak itu, maka harta itu boleh digunakan oleh penjaga untuk perbelanjaan anak2 itu, so bapa tak payah lah bagi. Tapi macam biasa lah, nak bagi pun apa salahnya.

Tapi bagi bapa yang tak mampu nak bagi nafkah (BUKAN BUAT TAK MAMPU TAU..ramai yang pura2 tak mampu. Isytihar muflis pun sanggup), contohnya sang bapa memang kasi pagi suap malam, kais malam suap sahur, maka kewajipan itu gugur dengan sendirinya. Walaupun begitu, andai ada waris lelaki sebelah bapa yang mampu (ayah, adik/ abang), maka kewajipan ini tertanggung ke atas mereka pula. Apa pun sang bapa kena lah berusaha jika badannya masih sihat segar bugar. Janganlah asyik cari alasan je kan kan....

Ok..berbalik kepada persoalan, jika sang bapa itu mampu nak bagi nafkah, tetapi sengaja tak nak bagi maka sang bapa itu BERDOSA kerana MENGABAIKAN TANGGUNGJAWABNYA. Maka si ibu boleh membuat tuntutan nafkah di mahkamah setelah penyelesaian di luar mahkamah gagal membuatkan sang bapa menunaikan tanggungjawab. Lepas bagi peluang untuk bagi sukarela pun buat acuh tak acuh, nak kena maki hamun baru nak bagi, so kiranya jalan di luar mahkamah gagal ok. Naik je lah mahkamah. Dan hakim akan memutuskan jumlah yg perlu dibayar berdasarkan kemampuan suami (tak kisahlah kan janji hak anak2).

Jangan pula ada yang cakap zalimnya si ibu tu.  Ini tidak dikira zalim, sebab si ibu hanya menunaikan haknya sebagai ibu kepada anak2. Walaupun ibu sendiri mampu menyediakan perbelanjaan anak2 disebabkan dia ada pendapatan (online/offline), namun tanggungjawab nafkah itu masih lagi menjadi tanggungjawab bapa kepada anaknya.

To me lah kan....isteri2 yang dah diceraikan, bila dah bagi peluang selesaikan di luar mahkamah pun tak jalan, maka naik turun mahkamah adalah jalan akhir. Tuntut semua hak2 kita dan juga hak anak2. Tak yah malu tak yah segan. Jangan risau lambat ke bertahun ke apa ke. Hak tetap hak.
Sebab nanti bila anak2 dah makin besar ni, makin banyak perbelanjaan nak guna. Akhirnya kita menjadi wanita2 tua sebelum usia dengan sibuk bekerja semata2 nak memenuhi perbelanjaan keluarga.. tak sempat nak fikir pasal pernikahan yg baru (hahahahhahah). Lepas tu tak sempat juga nak jengah Al Quran....Mari perjuangkan hak kita hak anak2 kita...

Ummi Dayana



No comments:

Post a Comment

Tq for reading