My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Saturday, December 21, 2013

Syukur....

Bismillah....


Assalamualaikum...
Kenapa ye ummi memilih tahuk ini?? Hhmmmm semua sebab memerhatikan sepasang putra putri mulai membasuh bag sekolah yg lepas, mengutip kasut sekolah, mengumpul alat tulis yang masih boleh dipakai lagi untuk sesi persekolahan akan datang. Bila diberitahu bahawa masih sempat untuk ummi belikan yang baru, anak lelaki yang akan memasuki tahun satu berkata "tak apa dia tak perlukan yang baru sebab bukan bag nak pergi sekolah tuntut ilmu". Alhamdulillah..Selama ini ummi selalu pesan selagi barang yang kita boleh guna tu masih boleh digunakan maka gunakanlah sampai habis sampai tak boleh pakai lagi. Ummi selalu pesan pada putra putri ini bahawa masih ada yang kat luar sana yang tak bernasib baik. tak ada apa yang kita ada. Walaupun kita kurang tapi masih ramai lagi yang kurang dari kita. So kena syukur selalu jangan mengeluh. Bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.

Sekiranya kita bersyukur dengan kawan yang ada, harta benda yang ada, kita akan mendapat lebih ramai kawan yang baik dan mendatangkan kebaikan. Malah kita selalu dihantar kan oleh Allah jiwa-jiwa yang tulus membantu dan mengasihi kita


Orang yang selalu merungut itu tak ada, itu tak ada akan mendapati bahawa minda mereka hanya nampak benda yang mereka tiada, maka rungutan mereka akan bertambah kerana senarai benda yang mereka tidak ada akan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya. Hidup orang-orang seperti ini pun akan selalu tak happy tak bahagia..Asyik rasa dia je yang menderita. Dia je yang tak ada.


Rungutan ini membuka pintu bisikan syaitan. Bermula dengan mainan minda dan dicampuri dengan perasaan dengki dan cemburu yang akhirnya timbul perasaan dendam kerana asyik membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mereka akan sentiasa dalam keadaan kecewa, menangguhkan kegembiraan mereka selagi benda yang dihajat tidak berada di tangan.


Bersyukurlah pada apa yang ada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Dan bersyukur juga dengan apa yang tak ada. Allah lebih tahu apa yang tersembunyi. Yang tiada itu mungkin lebih baik tiada di tangan kita.

Usah merungut pada apa yang tiada, sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, Sebaliknya fokuskan segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan. Kalau masih tak dapat juga jangan lah berputus asa.


Ketenangan sebenar dan nikmatnya hanya boleh dirasai sekiranya kita tahu bersyukur. Fokuslah pada apa yang ada, Dah tentu itu tidak meletihkan kerana senarai itu terhad berbanding dengan apa yang kita tiada kerana senarai itu adalah infiniti tiada kesudahan.


Hargailah sesuatu waktu yang ada, agar anda tidak menyesal apabila ia sudah tiada. Hargailah masa-masa ketiadaan kerana suatu masa ia akan menjadi masa keberadaan...


Alhamdulillah..Sayang anak-anak ummi Nur 'Aisyah Insyirah & Muhamad Afiq Haqimi...

Ummi Dayana

No comments:

Post a Comment

Tq for reading