My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Tuesday, December 31, 2013

Pohon Merendang atau Kering Melayu????

Tunas

Bismillah…

Bercerita tentang pohon rendang sebenarnya bagi aku ia bagaikan sebuah keluarga. Bagaimana begitu? Lets ketuk-ketuk otak seketika sebelum anak-anak mula bersekolah dan kita memulakan rutin tanpa anak-anak di rumah separuh hari.

Benih yang berkualiti akan  bercambah menjadi anak pohon yang subur. Benih ditanam di kawasan yang luas dan sangat bertepatan dengan fitrah benih itu. Kalau padi tak kan nak tanam kat padang pasir kan. Kenalah sesuaikan ia mengikut alaminya. Benih yang ditanam tadi mesti mendapat air, cahaya matahari baja yang secukupnya. Dari benih yang kecil tadi ia akan mengeluarkan tunas yang akan menjadi pohon bercabang dan berdaun sekiranya kesemuanya diperolehi dnegna baik dan cukup.  Hari demi hari anak pokok yang kecil itu membesar dan menjadi sebuah pohon yang rendang.  Menyejukkan  pada mata yang memandang.

Pohon itu semakin membesar, ia mula berbunga yang kemudiannya berbuah. Bukan sahaja berbuah malah ia menjadi tempat berteduk bagi unggas-unggas liar dan juga pengembara yang lelah.  Akarnya teguh dan tak mampu digoyah walaupun ditiup angin kencang.  Burung-burung berkicau riang menghargai anugerah alam. Pohon itu juga mampu membebaskan oksigen yang sangat diperlukan manusia dan menyerap gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan haiwan. Inilah suatu kitaran yang alami di antara manusia dan alam. Sentiasa memberi demi redhaIilahi. Kita adalah anak benih itu.

Pilihan di tangan kita. Sama ada kita ingin menjadi seperti pohon yang rendang dan berbuah lebat itu atau pohon kering yang hanya menunggu masa untuk mati tanpa tahu erti berbakti dan menghargai. Jadilah manusia yang mampu berdikari, sedia berbakti dan teguh pendirian diri (agama). Tak mudah goyah walaupun cabaran kuat menduga. Carilah fahami amal dan ajari sebanyak mana ilmu dan pengalaman di sepanjang perjalanan waktu sama ada manis mahupun pahit adalah proses pembelajaran. Setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tertentu. Pengalaman itu mampu mendewasakan kita. Hargailah hidup ini kerana setiap daripada kita ada potensi yang tersendiri.Telitilah ia dan kau pasti mengerti misterinya hidup ini. Subhanallah.

Bagi yang dianugerahkan anak-anak, maka didiklah mereka dengan didikan Islam sepenuhnya. Bukan hanya melahirkan mereka dan kemudiannya tertulis di tanda pengenalan  sebangai “Islam”. Tapi Islam atau tidak anak-anak itu bermula dari kita sendiri. Mereka akan menjadi apa yang kita ajari dan semai. Andai Islam yang kita tanamkan maka Islam lah anak itu. Andai Majusi yang kita semai maka Majusi lah anak…

Semoga aku dan keluarga ku adalah Islam yang alami bukan Islam pada IC…


Ummi Dayana



No comments:

Post a Comment

Tq for reading