My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Thursday, December 12, 2013

Kembara Kasih Tanpa Sempadan...Part 1

My New Big Families... Rumah Pengasih Warga Prihatin
 
 

Bismillah. .
Buat keluarga yang dikasihi. .
 20-11-2013 @ 1500H
Detik ini sudah tertulis oleh Pencipta semesta. Tiap sesuatu tak akan ada yang mampu menghalang atau mengelak melainkan dengan izinNya. Musibah ini menguji sejauh mana pengharapan aku pada Pencipta, keyakinan aku pada syahadah yang aku lafazkan. Melihat musibah ini dari sudut ego seorang manusia pasti saja aku berkata "mengapa aku? Tak cukupkah lagi dengan bebanan yang aku galas?". Tetapi bila aku melihat musibah ini sebagai didikan Allah, teguran cintaNya, hati lantas berbisik "betapa Allah mencintaiku". Alhamdulillah aku dan keluarga adalah insan terpilih itu. Maka senyuman syukur terukir. Tak mengapalah ini hanya sedikit. Bohong kalau aku tidak menangis dengan musibah ini kerana aku cuma manusia. Bagaimana harus aku lakukan sendiri? Ketabahan itu bagai sukar bila melihat insan2 yang aku kasihi menjalani kesukaran ini. Saat musibah datang hanya doa yang diperlukan. Hanya suara yang berbisik "semuanya akan ok. Allah kan ada". Itu ayat yang sering aku bisikkan pada diri sendiri setiap kali kesukaran aku temui. Manusia kan. . Sering ingat Allah bila sukar menjelma. Ya Allah hinanya aku hambaMu. Ego sombong bongkaknya aku. Meminta bila susah. Ambil mudah bila senang. . Musibah mendidik aku untuk segera mencari jalan kembali. Sepenuh pengharapan aku serahkan. Allah Maha Kuasa ke atas tiap sesuatu milikNya. Dia menggerakkan hati hambaNya kanda Azlin untuk membantu sedaya mampunya. Perkhabaran musibah ini diberitahu pada keluarga besar Tunas Prihatin dan seterusnya Warga Prihatin. Masih teringat pesan ustaz ku "jangan berharap pada manusia kelak kamu kecewa". Aku berharap Allah mengirimkan jiwa2 yang luhur. Alhamdulillah. Kasih sayang kanda Azlin mencipta rantaian cinta yang sangat luas, sangat luhur. Satu persatu jiwa ini digerakkan Allah. Perkhabaran gembira demi perkhabaran gembira diterima. Doa yang tidak putus dari keluarga Tunas Prihatin dan Warga Prihatin membisikkan semangat dari kejauhan. Seketika kemudian, kanda Ira menyusul. Menyatakan hasrat keluarga besar untuk membuat kunjungan. Alhamdulillah. . Tetapi saat mendengarkan jumlah jemaah yang bakal hadir, akal logik membuat kiraan "di manakah mahu aku tempatkan ahli keluarga ini? Selesakah mereka nanti? Dan pelbagai persoalan logik yang aku tiada jawapan". Tapi entah mengapa hati membisikkan kata lalu dizahirkan "datanglah". . Tiada paksaan, tiada yang memaksa, tiada yang terpaksa. Semuanya digerakkan dan dibisikkan dengan rela. . Tarikh dan waktu diberikan sebagai janji yang hanya Allah tahu. Menghitung hari menanti kedatangan keluarga besar ini bukan mudah. Penuh debar. Sejujurnya demi Allah, tidak ada seorang pun yang pernah aku kenali secara peribadi. Hanya sekadar coretan di blog dan facebook sebenarnya tidak cukup untuk menilai. Tetapi kehendak Allah mengatasi segalanya. Tanpa mengenali mahupun membuat nilaian, segalanya diatur dan dirancang. .
 26-11-2013 @ 1130H
Kehadiran dinanti setelah pengharapan diserahkan pada Allah agar melindungi jiwa2 yang penuh cinta ini sepanjang perjalanan mereka menyusuri denai ukhwah, merentasi sempadan jarak, memintas keterbatasan waktu demi mencari redha Allah dalam kunjungan kasih sayang. Takdir Allah tertulis menemukan aku dengan jiwa2 yang tidak aku kenali sebelum ini. Senyuman dan cinta terpancar. Saat mata bertentangan, tangan bersentuhan salam disambut, hati terisi mengusir segala rasa. Tulus suci wajah anak2 membayangkan putik yang sedang tumbuh dengan subur. Doa memulakan segalanya. Satu persatu diperbetulkan. . Satu persatu diusahakn dan hari ini Allah mendidik aku. .
 1- Buah yang baik dan berkualiti terhasil daripada pohon yang subur. Dan pohon ini segar kerana akar yang kukuh dan sentiasa mencari yang benar
 2- Keluarga bukan hanya terwujud dengan adanya hubungan DNA.
 3- Jemaah yang teguh dikukuhkan oleh pemimpin yang telus dan pengasih
 4- Keterbatasan bukanlah pengakhiran untuk apa pun selagi kesanggupan itu ada
 5- Setiap sesuatu menjadi mudah dengan adanya jemaah yang bekerjasama dan saling mendokong satu sama lain.
 6- Perkongsian kesusahan mendidik jiwa lebih tenang dan saling berkasih sayang
 7- Meninggalkan ruang keselesaan adalah permulaan mencari diri dalam mengenal Allah dan segalnya.
 8- Berharaplah hanya pada Allah kerna Dia yang menggerakkan segala sesuatu
 9- Nikmat berkongsi kesusahan jiwa lain adalah penunduk keegoan.
 10- Tiada yang mustahil bagi jiwa yang menyakini Rukun Iman ke-6. .
Buat semua keluarga Tunas Prihatin dan Warga Prihatin, tiada bait kata yang mampu menggambarkan cinta kalian. Tiada hadiah yang mampu menilai tulus murni jiwa kalian. Setiap penat lelah jerit perih, malah setiap titisan peluh kalian adalah hitungan janji dan saksi ketulusan kalian yang tidak minta dibalas dengan apa pun. Hanya Allah yang mampu memberikan hitungan yang terbaik. Pengalaman bersama kalian merupakan detik yang sangat manis. Bukti kekuasaan Allah menggerakkan jiwa hambaNya tanpa ada sesuatu pun menghalangi. Nikmat Allah yang mana lagi mahu didustai. Subahanallah. .
 Ayah Dr Masjuki dan bonda Shakirah terima kasih kerana memberi peluang untuk kasih belajar tentang akar yang kukuh. Terima kasih kerana memberikan restu kembara keluarga besar ini.
Buat kekanda dan adinda terima kasih kerana membenarkan mata kasih menjadi saksi keikhlasan, penghormatan dan cinta yang menjadi pohon rendang yang subur.
 
Buat anakanda2 terima kasih kerana membiarkan jiwa ummi dijentik dengan didikan kesamarataan yang menundukkan ego. .
Terima kasih dan hanya Allah sebaik Pembela Pemberi dan Penjaga. Alhamdulillah kasih sayang kalian tersemat kukuh di jiwa. Semoga diberikan kesempatan untuk kita berkampung lagi. . Dengan rendah hati kasih memohon kemaafan andai terkurang dalam layanan. Terlepas pandang wajah yang manis. Terlalai mengukirkan senyuman. . Maafkanlah kasih. .maafkanlah jiwa yang rapuh yang masih mencari jalan pulang. . Alhamdulillah. . — Abu Zafeerah, Ashraf, Saiful Nang, Juraidah, Norhaizad, Aroy, Mummy Intan, Irawanti, Mak Long Werda, Mak Bonda, Ustaz, Nazmi, Norhazidah, dan ramai lagi yg tak mampu mengingati dalam waktu yg amat singkat.
 
Ummi Dayana


No comments:

Post a Comment

Tq for reading