My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Thursday, January 2, 2014

Jadi Ringan dengan Telur & Pisang



MeNu PiSaNg & TeLuR untuk Turunkan Berat Badan

Di luar sana banyak makanan yang sesuai dijadikan menu berdiet. Namun begitu anda harus bijak memilih supaya diet yang diamalkan berjaya. Seperti pisang dan telur, keduanya mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan baik dijadikan teman diet seharian. Bagaimanapun, timbul persoalan memilih yang mana satu paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Berikut adalah panduan mengenainya....

Kenali Pisang
Kandungan karbohidrat di dalam pisang membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Pada masa yang sama ia juga kaya dengan nutrisi dan rendah kalori. Dengan lemak rendah dan tidak banyak mengandungi protein pisang amat sesuai dijadikan ejen menurunkan berat badan. Antara cara yang boleh dipraktikkan dengan mengambil setengah dozen pisang dan disusuli dengan senaman.

Kaya Serat
Umum mengetahui bahawa pisang kaya dengan serat, vitamin C, kalium, vitamin B6 serta asid amino esensial. Kandungan serat di dalamnya berfungsi untuk mengawal rasa lapar dengna baik sekali. Kajian juga menemui bahawa pisang berupaya mengurangkan tekanan lantaran kandungan tryptophan di dalamnya selain membantu penghidap anemia dan mengurangkan masalah sembelit. Di samping bagus untuk menambahkan tenaga pisang turut berperanan mengurangkan tekanan darah sekali gus memelihara kesihatan jantung.

Telur dan Penyakit Jantung
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health, tiada keterangan kukuh yang mengaitkan pengambilan telur dengan penyakit jantung. Bahkan dalam penelitian lain telur yang diambil mengikut jadual ditetapkan mampu mencegah masalah pengumpalan darah, penyakit angin ahmar dan serangan jantung. Dinasihatkan supaya mengambil putih telur sahaja untuk menurunkan berat badan kerana di bahagian kuningnya mengandungi tiga kali ganda kalori daripada putih telur.

Manfaat Telur untuk Kesihatan
Tahukah anda bahawa telur mengandungi lima gram lemak serta 210 gram diet kolesterol? Kedua-dua elemen ini bertanggungjawab meningkatkan fungsi penglihatan. Pada masa yang sama ia turut mengandungi vitamin D yang baik untuk tulang selain dikatakan berupaya mencegah masalah kanser payudara. Kandungan sulfur yang tinggi dan pelbagai vitamin serta mineral di dalamnya sudah cukup membuatkan rambut dan kulit sentiasa sihat...

Dsiclamer: Artikel ini diambil dairpada mingguan wanita.


No comments:

Post a Comment

Tq for reading