My Little Coven

My Little Coven
Lovely Dovely

Thursday, January 2, 2014

1st Day Sekolah 2014

Mulakan hari dengan senyuman...

Bismillah....
Hari pertama ke sekolah memang wajib muncul pelbagai gelagat anak-anak  dan ibubapa. Ada yang teruja Teruja, seronok, takut, malu kucing, meraung, ala hero dan paling best tak mo pergi sekolah..hehehehehe

Punyai anak-anak yang bersemangat untuk ke sekolah sungguh amat membahagiakan sebab senang je nak uruskan dorang.  Bangun pagi tidak perlu nak jerit terlolong kejutkan. Pakai baju dengan senyum di bibir (anak dara den la ni), sarapan tidak perlu disuruh, selepas itu meluru laju ke beskal sambil menjerit "ummi kakak pergi tuntut ilmu dulu". Memang sangat membahagiakan.

Tapi kalau dapat yang jenis tak mo pergi sekolah dan meraung-raung, adoiii ibu bapa pun nak meraung gak. Mereka mungkin sahaja pagi-pagi lagi akan menangis, tidak mahu mandi, tidak mahu memakai baju, bahkan mungkin juga akan terjadi aksi tarik-menarik tatkala ibu bapa meminta anak-anak  masuk ke kelas. Keadaan ini memang memenatkan dan menguji kesabaran bukan sahaja ibu bapa tetapi guru-guru juga. (hahahahaha pernah alami masa adik masuk pra. berakhir dengan ummi buat hati kering je. Hantar masuk kelas hug n kiss pastu blah)

Alhamdulillah..Hari ni smooth je. Cuma ummi plak bosan tak dengar suara budak dua tu membebel kat umah. Lambat la pulak jam ni berjalan. Tak sabar nak tunggu dua tu balik. Ummi dah siap masak..Ikan merah masak kari + kentang, telur dadar, sirap bandung....

Ummi Dayana

No comments:

Post a Comment

Tq for reading